Home Ads

Bercuti di Teratak Rehat Atie Iera Pengkalan Balak, Melaka

Assalamualaikum...

Selepas bertungkus lumus dengan majlis perkahwinan Ammar Alwani tempoh hari, Poksu ajak kami bercuti sebagai token selesainya semua majlis. Kira gathering dan tenang-tenangkan fikiran lepas sibuk majlis kan. Semuanya diplan dalam masa kurang seminggu. Terima kasih kepada Poksu dan Moksu untuk trip ini. Semua urusan booking diuruskan oleh dorang. Kami ke Pengkalan Balak, Melaka pada 12 Ogos 2017. Semalam je tapi puas hati dan enjoy the trip. Kami menginap di Teratak Rehat Atie Iera.


Alhamdulillah, sepanjang 2 hari di sana cuaca baik. Angin kuat tapi ombak taklah tinggi. Sebab sebelum pergi ke Melaka dapat berita Melaka Tengah banjir. Pemandangan Laut Selat Melaka yang mengasyikkan. Ada satu bangunan tiga tingkat menempatkan bilik-bilik untuk keluarga yang kecil. Ada chalet dan kabin di hadapan laut. Bilik ok. Ada penghawa dingin, cerek elektrik, saluran TV Njoi. Sederhana dan selesa.Harga pun berbaloi. Boleh ke FB Teratak Rehat Atie Iera.



Petang lepas solat Asar, kami dah berkumpul di kabin Mama dan Moksu. Ada kuih-kuih, makanan pelbagai dan tgk anak-anak mandi laut. Poksu setup khemah dan semua buat persiapan untuk makan malam. Ada BBQ, nasi daging, spageti dan lasagna. Tgk matahari terbenam. Tenang. Semua duduk berkumpul kat sini sepanjang malam. Malam ada unggun api. Seronok!

Esok pagi, semua bangun dan berkumpul balik untuk sarapan. Sarapan ada roti canai, roti jala dan kari ayam. Ada abang naik motosikal jual nasi lemak. Belilah dalam 10 bungkus. Duduk ramai-ramai sarapan sambil mandi laut. Lepas tu kami buat aktiviti laut. Banana Boat dan Bumpy Boat.
 
Bila lagi kan nak seronok dengan sedara mara, adik beradik macam ni. Pengantin baru pun kena campak dalam laut. Ni tak sempat amik gambar. Memang dah lama juga kitorang tak berkumpul ramai-ramai macam ni. Terima kasih semua dan semoga ukhwah terus terjalin. Next trip Tasik Kenyir dan Pulau Perhentian! Simpan duit, simpan idea. xoxo

 
 Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~