Home Ads

Family Day KBBA9 di The Legend Cherating Beach Resort ~ Hari Pertama

Assalamualaikum..

Tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa yang tahu. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Alhamdulillah, Lynda diberi kesempatan bertemu kenalan baru dalam satu pertemuan yang dirancang dengan rapi oleh Kelab Blogger Ben Ashaari. Kali ni juga pertemuan ini ditaja sepenuhnya oleh The Legend Cherating Beach Resort.
Ini sebenarnya bukan kali pertama Lynda ke The Legend. Masuk ni kali ketiga. Lynda memang suka pergi The Legend sebab suasana pantai, laut dan kolam renang. Dan untuk kunjungan kali ketiga ini memang nampak perubahan yang baik dari segi prasarana dan infra The Legend. Tapi masa pergi dulu tu, kami cuma free and easy kan. Kali ni dengan KBBA9, kami dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang memang dianjurkan oleh The Legend.
 
Lynda bertolak ke The Legend hari Jumaat dan sampai jam 4.30 petang. Selepas proses ambil kunci, kami dihidangkan minum petang dan konsep petang tu free and easy juga sementara menunggu blogger lain sampai. Lepas minum Lynda masuk bilik. Kali ni dapat tingkat 5 menghadap taman. Bilik as usual, warm and welcome. Semua ada dan berfungsi baik.
 
 
Petang tu bawa anak-anak mandi kolam renang. Lepas tu kami dihidangkan dengan pelbagai jenis pilihan makanan untuk makan malam. Kira kenyang perut suka hati sebab desserts pun banyak. Puas makan sebab setiap kali habis makanan akan ditopup. So cukup je untuk keluarga besar KBBA.
 
Lepas makan malam, kami dibawa menaiki bas ke Sungai Cherating untuk aktiviti tengok kelip-kelip. Ni salah satu acara yang boleh kita buat sewaktu di Cherating. Kami diperkenalkan dengan Encik Hafiz, The Firefly Whisperer. Sebelum naik bot, kita kena dengar taklimat daripada Encik Hafiz. Nanti kita cerita dalam post lain ye. Aktiviti yang menyeronokkan nak buat waktu malam selain tidur. Memang tenang dan senyap je menyusuri Sungai Cherating. Senyap kenapa taktahulah..hehehe..
 
Selesai di Sungai Cherating kami berangkat pulang ke hotel. Ni ada sesi Taaruf atau suaikenal. Masa ni kami dapat berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan ahli KBBA yang sporting dan kita boleh tanya banyak soalan. Malam tu pun, pihak The Legend ada sediakan minum malam. Sambil lepak minum kopi kita borak-borak santai. Me time katanya.
Dalam pukul 1 pagi juga selesai semua sesi perkenalan dan pembahagian cenderamata. Esok menanti pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak The Legend. Sekalung terima kasih dan tahniah untuk team Encik Meor Amran, Pengarah Jualan dan Pemasaran The Legend yang buatkan kami rasa seperti di tempat sendiri.

Nanti Lynda sambung aktiviti hari kedua dan ketiga. Yang pasti ramai tak boleh move on lagi daripada percutian hebat ni. xoxo

Terima kasih Penaja:

Santuari Penyu Cherating

Lynda Che Lah

9 comments:

  1. Alhamdulillah.. seronok dapat berjumpa dan berkenalan dengan sebahagian kecil keluarga besar KBBA9 .. Tambah seronok sebab berpeluang buat macam-macam aktiviti sama-sama..

    ReplyDelete
  2. Family Day yang paling best, seronok dapat jumpa semua dan ikuti aktiviti.

    ReplyDelete
  3. Memang best aktiviti kelip2. Senyap tu sebab menghayati. Haha

    ReplyDelete
  4. Next time klu blh bercuti kat sini lagi..seronok sangat

    ReplyDelete
  5. Bestnya The Legend rasa cam nak repeat ke sana lagi .. bila laaa spt pwrgi ramai2 sekali lagi ...

    ReplyDelete
  6. syioknye g cheratingg.. aktiviti pn best

    ReplyDelete
  7. memang tak leh nak move on lagi heheheh

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~