Home Ads

Family Day KBBA9 di The Legend Cherating Beach Resort ~ Hari Kedua

Assalamualaikum..

Mehlah sambung kisah hari kedua di The Legend Cherating Beach Resort. Malam pertama itu tidur pukul 1 pagi. Pagi tu ada morning view sunset. Lynda tak bangunlah kan sebab tak larat tapi rakan-rakan blogger lain ada yang turun menyaksikan keindahan matahari terbit. Lebih kurang pukul 6.45 pagi dah muncul matahari terbit. 

Siap sarapan pagi yang disediakan oleh The Legend, kami ke acara telematch. Ok.. Ni memang antara acara yang best. Sebab kami ni kan baru kenal secara in person semalamnya tapi hari ni dah nak bertelematch kan. So semangat berpasukan itu yang kita tabik spring. Semua cuba bekerjasama dan enjoy masa telematch tu.

1. Telematch
Telematch terbahagi kepada dua. Iaitu untuk acara kanak-kanak dan dewasa. Acara kanak-kanak adalah lari tiup belon sampai pecah, lari bawa bola dengan gelung dan isi air dalam botol. Qoid masuk team Alpha dan menang. Lepas tu dia suruh Ibu ngan Ayah main telematch dan menang. Hahahaha..Ingat senang.
Acara dewasa adalah acara lari dalam guni, lari bawa bola dengan gelung dan acara baling dadu. Semangat berpasukan dan setiakawan tu penting. Walaupun masih malu-malu kucing konon, tapi kita bagi sehabis daya dalam panas terik tu. Seronok. Gelakkan orang, bagi moral support, bagi pasukan lawan rasa tercabar.Apapun semua best!
Siapa menang tak penting tapi yang penting kita enjoy. Tapi bersukan di pantai agak mencabar. Maklumlah cuaca agak panas dan laluan berpasir susah juga nak tarik bola atau lompat dalam guni tu. Tapi kami berjaya atasi sama-sama dan bergembira.

2. Muck Dive Scuba
Selesai telematch, blogger diperkenalkan untuk satu aktiviti yang ada di The Legend iaitu Muck Dive Scuba. Belajar selam skuba dalam kolam renang. Tapi Muck Dive Scuba ini memang menawarkan aktiviti skuba di sekitar Cherating.
 
 
 
Beberapa orang blogger berpeluang merasai pengalaman menyelam skuba di kolam renang dengan tunjuk ajar sifu-sifu Skuba. Muck Dive Scuba menawarkan lesen open water yang berharga RM1200 untuk kelas teori, belajar menyelam dalam kolam renang, bayaran fi pengajar dan 4 tawaran menyelam di laut. Selain itu, bayaran sebanyak RM350 dikenakan untuk leisure dive dengan diiringi oleh pihak Muck Dive Scuba. Untuk maklumat lanjut bagi yang berminat dengan aktiviti Skuba ni boleh ke FB Muck Dive Scuba.

3. Pembuatan Keropok Lekor Cap Intan
Hari Kedua di The Legend disambung selepas makan tengah hari. Kami dibawa ke antara tarikan utama di Cherating iaitu ke Pembuatan Kerepok Lekor Cap Intan di Kemaman. Di sini kami ditunjukkan demonstrasi pembuatan kerepok lekor dan peluang merasai pelbagai jenis keropok yang dijual. Siapa nak beli pelbagai jenis keropok boleh ke sini.
 

4. Pasar Kemaman
Selesai memborong di Keropok Lekor Cap Intan, kami dibawa melawat Pasar Kemaman. Kat sini ikan naik pukul 2 petang. Ikan dan segala haiwan laut tu segar-segar. Geram je tengok. Kalau siapa ada plan ke Kemaman boleh siap-siap bawa ice-box untuk beli ikan. Tapi pakcik-pakcik kat pasar ni pun boleh tolong untuk pastikan anda dapat bawa balik ikan ke mana je anda nak bawa.
 
 

5. Santuari Penyu
Destinasi seterusnya adalah Santuari Penyu. Cherating merupakan antara pantai yang dikunjungi oleh penyu untuk bertelur. Jadi, masyarakat perlu dididik tentang kepentingan dan pentingnya menghargai penyu dan mencipta persekitaran yang selamat untuk penyu. Nanti Lynda buat entri khas untuk Santuari Penyu.
Nampak tak panas lit-lit tu? Masa ni kepala dah berat macam nak migrain. So Lynda tak ikut aktiviti seterusnya iaitu Mangrove River Tours. Ni semua rakan blogger pergi. Tapi nanti akan ada entri khas untuk aktiviti di Hafiz's Cherating Activities.

6. Mangrove River Tours
Lynda sharekan gambar-gambar rakan blogger yang menikmati keindahan Sungai Cherating. 

7. Melepaskan anak penyu ke pantai Cherating.
Ni lah aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. Tapi sayangnya masa ni Lynda migrain teruk. Dah terbaring dalam bilik. So Lynda share sikit gambar dari rakan blogger yang mengikuti aktiviti ini. Ini antara acara yang diaturkan oleh pihak The Legend. Mengikut penerangan pihak The Legend, anak penyu yang dilepaskan adalah dari spesies penyu Agar dan berusia 3 hari apabila dilepaskan. Dalam 100 anak penyu yang dilepaskan, hanya 5-6 ekor sahaja yang akan membesar dan biasanya kembali ke pantai untuk bertelur. Kesian kan. Faktor cuaca dan faktor ancaman di laut antara penyebab kenapa anak-anak penyu ni tak dapat bertahan. Untuk yang berminat dengan aktiviti ini,  bayaran yang dikenakan hanyalah RM20 seorang.

8. Pirate BBQ Dinner di Olas Patio
Memang antara aktiviti yang dianjurkan di The Legend jika anda menginap di sana adalah BBQ! Bertemakan lanun, menu pelbagai BBQ dan hidangan sampingan yang disediakan memang menarik sambil makan di tepi pantai. Ada unggun api dan santai termasuk dekorasi ala lanun yang menarik. 


Berakhir aktiviti hari kedua di The Legend. Ada lagi satu hari di The Legend yang belum Lynda kongsikan. Semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak The Legend yang diuruskan oleh Encik Meor memang membuatkan masa anda dipenuhi di Cherating. Tidaklah hanya mandi kolam renang dan laut sahaja macam yang selalu kita buat tu kan. So apalagi..Jom Cherating Lagi! eh.....xoxo

Terima kasih Penaja:

Santuari Penyu Cherating

Lynda Che Lah

1 comment:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~