Kuasa Doa

August 09, 2017

Assalamualaikum..

Semalam dijentik rasa. Seorang teman berkongsi kisah. Satu tamparan sebenarnya. Memang rupanya, kita manusia selalu lalai dan lupa. Alhamdulillah. Kira hidayah lah tu kan. Bukan apa. Kadang-kadang kita merungut, kenapa anak tak dengar cakap. Kenapa anak degil. Kenapa kat ofis pening dan serabut. Kenapa serba tak kena. Rupanya, kita lupa. Lupa untuk berdoa.

Sombong kalau lepas solat, setakat baca Fatihah dan Ayatul Kursi. Baca doa selepas solat. Sombong nak minta pada DIA. Memang diakui, kadang nak cepat je. Jadi bila dijentik rasa tu, teringat. Banyaknya kurang kan. Lupa dan betapa sombongnya kita. Jadi, mana yang kita lupa, alpa, ragu-ragu.. Baliklah pada DIA. Doalah..Mintalah..Mohonlah. Jangan sombong.

Doa seorang Ibu makbul, doa seorang Ayah makbul. Doa anak-anak juga makbul. Doa teraniaya makbul. Segalanya mintalah dengan sebaik-baik yang Mencipta. Semoga tak terus alpa, lupa dan lalai.
 
Harta dunia akhirat. Semoga dengan kuasa doa, kehidupan kalian sempurna, dipermudahkan dan sentiasa dalam lindunganNya.

Lynda Che Lah

You Might Also Like

0 Komen

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram Lynda Che Lah

KBBA 9

Followers

Google+ Followers

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pandangan dan pendapat adalah pandangan peribadi penulis. Sebarang maklumat yang dikongsikan hanya bertujuan untuk perkongsian.

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap kesilapan atau ketinggalan maklumat di dalam blog ini. Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kemalangan atau kerosakan kerana maklumat yang disediakan.

Sebarang perkongsian gambar atau artikel perlu mendapat kebenaran penulis secara bertulis. Komen yang dipaparkan adalah atas persetujuan penulis. Penulis berhak memadam atau mengedit sebarang komen tanpa sebarang notis.

Terima kasih untuk sokongan anda.