Mahligai Kami ~ Episod Akhir

August 08, 2017
Assalamualaikum..

Maaf baru sambung.. Ada banyak post tunggak ni. Hari Raya (raya pun dah abis), Cerita anak-anak.
Ni sambungan dari  Episod 4

Bila pekerja dah takde, kami tetap suruh tukang dtg dan abiskan kerja. Kali ni dia minta tambah RM4k untuk buat anjung pula. Sebelum tu minta RM11k. Tapi sebab bad reputation memang taklah kan nak bagi lagi. Jadi tukang selesaikan sorang segala finishing.

Sebenarnya masa ni bahagian dalam dah boleh dikatakan siap. Kami dah basuh pun, tapi sebab tukang nak guna bilik air. Maka kotorlah balik kan. Masa ni tukang abiskan finishing macam pasang pintu, pasang kunci dan plaster mana yang patut. Api dan air dah ok. Masa ni juga kami sibuk sebab ada rombongan menghantar ke Terengganu. Jadi pada masa tu kami memang tak tgk tukang kerja. Sepanjang tu, tukang hantar WhatsApp gambar kerja yang dia buat.
Balik dr rombongan meminang tu,memang kami ambil cuti. Isnin 17 April, bangun pagi Encik Hubby tanya. Kita pindah nak? Tapi memang masa tu dah berkemas sikit. Tapi taklah semua. Terus rasa macam semangat berkobar nak pindah. Ntah kenapa. So pagi tu pukul 7.30 cari lori. Alhamdulillah jumpa. Mungkin sebab hari Isnin, takde orang nak pindah kot. TQ to abam Bob Lori Sewa. Servis terbaik..mantap..tepat..

Janji lori pickup pukul 10 pagi. So memang sempatlah nak berpacking. Peti ais dikosongkan. Kabinet dapur pun dikosongkan. Kotak masa pindah ke Desa Bukit Permata ada lagi, so bungkus pinggan mangkuk dengan suratkhabar masuk dalam kotak. Masa tu anak tidur lagi. So memang macam lipas kudung. Baju kebetulan dah ikat2.. So memang bersedia pindah lah dalam masa singkat tu.

Lori datang pukul 11. Pekerja 2 orang. Tolong angkat katil, almari, peti ais, sofa. Kotak-kotak yang  dah siap pack pun boleh naik lori. Masa tu lori 3 tan yang besar tu. Puas semua sumbat dalam lori. Yang baju-baju kami masuk kereta.
Semua siap jalan dalam pukul 1 tgh hr. Tapi ada lagi barang ditinggalkan. Masa kami pindah masuk ni, masih ada kerja finishing tak siap. So tukang abiskan. Memang hati kental la buat taktau je tukang dok belakang rumah. Tapi kalau kita ada,lagi cepat dan laju lah kan dia buat kerja. Masa tu tgh buat longkang belakang. Kalau ingat, masa memula rumah tu dulu takde saluran longkang yang proper, so kali ni kami buat.

Masuk rumah, memang huru hara lah.. Tapi memang gigih kemas janji ada tempat tidur. Kami kemas basuh siap mop bersih-bersih. Letak je barang huru hara dulu. Esoknya pergi kerja. Tunggu balik kerja siap kemas. Dan Alhamdulillah, dalam masa 3-4 hari tukang siapkan juga kerja.
 
Masa ni stress lain 😭😭. Bayangkan lah rumah pun amik masa nak siap. Mana ulang alik tak cukup rehat. Hidup tunggang langgang. Anak pun terabai..haha.. Masuk rumah ni macam ni pula. Tapi tahap stress tu kdg ditukar dengan rasa semangat dan gembira yang amat sangat. Semangat nak kemas, nak mula hidup yang lebih baik. Gembira dah tak dok kat tempat yang tak berapa best, tak diganggu.

Terima kasih yang sudi baca dr Episod 1, 2, 3 dan 4. Maaf lambat sgt sambung. So pengajaran bagi kami, Untuk senang bukan senang. Dalam senang kita kena tempuh susah dulu. Susah yang bukan calang-calang. Emosi, tenaga, semangat, kekuatan, kejatuhan dan sikap org sekeliling. Pengorbanan dan setiasepakat suami isteri. Bohong kami tak bermasam muka. Masa ni emosi di tahap paling rapuh, paling tercabar. Yang penting bincang dan sabar. Kuat wlu apa yang datang.

Terima kasih keluarga yang sentiasa ada. Sekarang dok dekat ngan Mama. Tapi wlupun dekat, ko jangan nak ngade makan malam pun kat umah Mama. Pandailah ko hidup sendiri wlupun sebelah. Kadang masak lebih boleh hantar ke Mama dan adik-adik. Kadang-kadang sgt lah ni..😉😊😂

Nanti kita share deco-lah-sangat. Masih dalam process nak deko. Duit masuk umah takdelah banyak. Jadi kena buat slow-slow. KC dah ada. Nanti share lagi..xoxo

Lynda Che Lah


14 comments:

  1. Alhamdulillah...akhirnya puas hati kan sebab dah dapat duduk rumah sendiri walau banyak betul dugaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah SA.
      Syukur..
      semoga lepas ni lebih dipermudahkan

      Delete
  2. Alhamdulillah, ada rumah sendiri seronok sangat kan?

    IQ singgah di sini. a.k.a Izyan KBBA9

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      lega..
      terima kasih singgah IQ

      Delete
  3. Alhamdulillah dah siap .. blh duduk rumah baru dengan selesa..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Seronok kannn bila yang di idam jadi kenyataan
    Tahniah..!!
    Selamat berkemas Dan ber deko ;)

    ReplyDelete
  5. Nak baca next post deco deco i like hehe

    ReplyDelete
  6. bestnyaa dapat duduk rumah sendiri..tahniah Lynda..nanti share lagi ye..

    ReplyDelete
  7. Lama tunggu entry ni �� Baca pon macam2 perasaan.. end up alhamdulillah.. tumpang happy �� Tahniah yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..

      TQ Aty singgah dan baca. Sorry buat tertunggu hehe

      Delete
  8. Bestnya , bila la nak dpt rumah sndiri gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah satu hari nanti Qaseh..Banyak cabaran. Slow and steady :)

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.