Home Ads

Majlis Perkahwinan AmmarxAlwani

Assalamualaikum..

Tahun ini kami terima 2 orang baru. Yaya dan Alwani. Selamat datang ke famili kami. 

Majlis perkahwinan Hafiz berlangsung pada 21-22 Julai 2017 di Kuala Terengganu. Kami sekeluarga beramai-ramai memeriahkan majlis di Kuala Terengganu. Ada lebih kurang 6-7 kereta jugalah. Nenek Atuk dibawa naik kapal terbang oleh Adik dan Sham.Yang lain bertolak asing-asing. Ikut kesesuaian masa dan ada yag pegi jalan-jalan dulu.Macam Lynda bertolak ikut Muadzam Shah. Nak tgk jalan lama dan kampung orang. Tenang dan tak mengantuk macam ikut LPT2. Kami menginap di sebuah homestay dan majlis pernikahan dan persandingan berlangsung di Dewan UnisZa, Kuala Terengganu.
Majlis pernikahan berlangsung lepas solat Isyak di Dewan UnisZa. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Ammar Hafiz dan Alwani Diyana selamat menjadi suami isteri. Tahniah. Yang unik dengan perkahwinan Pantai Timur adalah lauk kenduri dia sejenis je. Makan dalam pinggan berlapik kertas, nasi putih/nasi minyak, lauk ayam goreng dan gulai daging serta sambal belacan. Sangat simple tak macam di kawasan tengah ni. Bagi kami yang biasa kenduri di Besut, dah biasa makan macam ni.
 
Majlis persandingan pun berlangsung di dewan yang sama. Makanan masih sama. Mudah, cepat dan pantas. Kuih-muih ada, air sirap hijau. Bebudak lah macam pelik. Tapi rasa air sirap. Kiranya kita ke tempat orang, jumpa budaya yang lain sikit kan. Jadi berkongsi sesuatu di situ.
Keluarga besar kami. Walaupun tinggal semua dekat-dekat tapi bukan sepanjang masa ada nak bertemu kan. Jadi masa kenduri kendara macam ni baru berkumpul. Barulah cucu jumpa atuk, moyang jumpa cicit. Padahal tinggal sebaris depan belakang je rumah. Tapi inilah muafakat dan berkat.

Majlis sambut menantu berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam pada 30 Julai 2017. Sebelum majlis ada majlis raptai dan rewang buat doorgift. Kami tolong apa yang boleh. Kemudian proses agihan kerja. Sham dilantik sebagai Floor Manager, saya dan Adik sebagai F&B Manager, Mama Ayah uruskan undangan sebelah pengantin perempuan, Azwan Yaya bahagian doorgift dan backup. Sebab keluarga Poksu dah confirm sibuk dgn tetamu.
 
 
Di Shah Alam, kami pakai warna mint green+blue. Dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti dirancang dan dipermudahkan. Cuma biasalah ada dugaan mendatang tapi berjaya diatasi dengan jayanya. Jangan putus komunikasi dan pastikan semua dibincangkan. Lagipun, mudah buat kat dewan sebab urusan kemas dan pembersihan ada kontraktor buat.

Tahniah sekali lagi Ammar dan Alwani, semoga cinta sampai Jannah. Dilimpahi rahmat dan rezeki. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.xoxo

Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~