Home Ads

Melawat Santuari dan Pusat Konservasi Penyu, Cherating

Assalamualaikum...

Pernah tengok penyu? Kalau dulu nak tengok penyu kita kena pergi Rantau Abang, Terengganu kan. Tu masa zaman Lynda sekolah rendahlah. Tahun 1990an dulu. Tapi memang tak pernah kesampaian lah kan. Tapi di Cherating pun, ada penyu. Kalau nak tahu, Pantai Cherating antara pantai yang dikunjungi oleh penyu untuk bertelur dan juga dilepaskan. Di Pusat Konservasi inilah penyu dipelihara dan dipulihara oleh mereka yang berpengalaman dan berwibawa. 

Penyu juga dianggap spesis yang terancam sebab faktor cuaca dan keadaan lautan. Jadi, kita kena bantu penyu-penyu ini dengan menjaga kebersihan laut dan pantai. 
Nak masuk ke pusat ini tiada bayaran dikenakan. Tetapi jika ada yang nak menderma, dialu-alukan bagi tujuan penjagaan pusat ini. Tapi anda tidak boleh  nak sentuh anak penyu. Dalam pusat ini ada dipaparkan pelbagai info tentang hidupan laut yang dianggap spesis terancam. Jadi, anak-anak kita boleh dididik untuk membantu menjaga keselamatan dan ekosistem laut ini.







Anak-anak seronok dan banyak tanya. Sebab tak pernah tengok kan. Paling susah nak jawab, apa beza kura-kura dengan penyu? Tapi bila kita bagi jawapan, dia masih dengan soalan sebab pada dia takde beza pun kan. hehe.. Yang nak bawa anak-anak ke sini, anda boleh Waze atau cari je Club Med Cherating. Pusat ini terletak berdekatan dengan resort ini.xoxo

Lynda Che Lah




1 comment:

  1. Anak²lah paling seronok dapat tengok penyu.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~