Home Ads

Melihat Kelip-Kelip dan Menyusuri Sungai Cherating Bersama Hafiz's Cherating Activities

Assalamualaikum...

Pernah tengok kelip-kelip? Dulu masa kecil adalah kan. Sekarang kelip-kelip pun pilih tempat untuk tinggal. Di Selangor, Kampung Kuantan Kuala Selangor terkenal dengan tengok kelip-kelip. Memang teringin nak tengok. Nak bawa anak-anak naik bot menyusuri sungai tapi tak kesampaian lagi. Tapi syukur Alhamdulillah, peluang bersama KBBA dapat rezeki tengok kelip-kelip. Tapi di Cherating. Terima kasih to The Legend untuk aktiviti best ni.

Kami dibawa menaiki bas ke Sungai Cherating dan tiba di Hafiz's Cherating Aktivities. Di sini antara aktiviti yang dianjurkan adalah menyusuri sungai untuk tengok kelip-kelip. Ni waktu malam dan aktiviti menyusuri Sungai Cherating pada waktu siang untuk melihat keindahan ekosistem paya bakau.
Sebelum kami dibawa menaiki bot, kami diperkenalkan dengan The Firefly Whisperer, Encik Hafiz. Kami diberi penerangan tentang cara dan etika melihat kelip-kelip. Nak tengok kelip-kelip pun ada etika ok. Sebab kita nak melawat kan, jadi kita kena ikut etika tempat yang kita lawati. Antaranya, tiada langsung kamera atau penggunaan telefon bimbit dibenarkan. Tiada lampu kocek atau lampu suluh. Sebab semua ini akan menganggu ekosistem kelip-kelip. Selain itu juga, Encik Hafiz menerangkan tentang kelip-kelip. Mana yang jantan, mana betina, Kenapa ada yang terang dan ada yang malap. So nak tau lagi lanjut, boleh datang ke Cherating dan kunjungi Hafiz's Cherating Activities.


Pengalaman itu seronok, tenang dan dalam masa yang sama cuak sikit. Sebab kebetulan masa menyusuri sungai tu kan gelap gelita je.. Satu bot senyap..hehe..Tapi bila sampai di habitat kelip-kelip tu rasa terpana. SubhanAllah.. Tak tergambar. Sebab penuh pokok tu dengan kelip-kelip. Masa inilah Encik Hafiz `memanggil' kelip-kelip. Dan Alhamdulillah selepas beberapa percubaan dapat juga tengok kelip-kelip hinggap di tangan. Jadi macam anak kecil balik sebab seronok kan.

Aktiviti yang seterusnya di Hafiz's Cherating Activities adalah Mangrove River Cruise. Seronok juga sebab sambil melayan angin sepoi-sepoi bahasa dapat tengok habitat dan hidupan di paya bakau. Ada yang nampak ular, memerang, burung-burung yang tinggal di sungai. Inilah peringatan kepada kita bahawa menjaga alam sekitar itu penting untuk hidupan ini juga kan.


Jadi kalau ke Cherating boleh singgah ke Sungai Cherating untuk aktiviti menarik ini. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi info di bawah:

Encik Hafiz
No Telefon : 017-978 9256
Emel : kohafiz@gmail.com

Lynda Che Lah

2 comments:

  1. Seronok tengok korang sertai dua² aktiviti ni, tapi tulah akak tak dapat join sebab keadaan tak mengizinkan. Tapi pernah jugaklah tengok kelip² kat Kg Kuantan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti baby dah besar sikit boleh pergi Cherating..

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~