Home Ads

Positif dan Terinspirasi

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Sejak dua tiga hari ni, Alhamdulillah Allah mudahkan urusan, mudahkan apa yang dirancang. Ditemukan dengan orang-orang hebat. Diinspirasikan oleh orang-orang hebat. Jadi sebagai manusia, kita jangan rasa mudah putus asa. Memang akan rasa down, rasa putus asa. Tapi yang penting sabar dan cuba atasi apa yang kita hadapi. 

Semalam pun baca status FB blogger hebat, dia tulis, kalau asyikla nak fikir apa pendapat orang terutama yang negatif tak kemana lah kita ni. Saya bukan nak jadi hebat sangat macam dia pun.Cuma bukan orang-orang negatif tu yang jana pendapatan kita, yang bantu selesaikan bil-bil. Kita kena usaha juga sendiri. Jadi nak usaha kena berani, kena tonjolkan diri, kena cuba yang terbaik untuk diri dan keluarga.

Macam Qoid, dia cuba tonjolkan diri dalam kelas. Nak cikgu nampak dan ingat dia. Nama memang cikgu dah ingat sebab lain dari yang lain. Tapi dari segi belajar dan keyakinan diri pun nak cikgu nampak. Alhamdulillah, dalam ramai-ramai cikgu ingat dan tahu apa dia buat. Sekarang sibuk cakap nak jadi ketua kelas tahun depan. So kena belajar lagi rajin dan dapat tempat terbaik. Usaha dia sekarang, malam buat latihan kalau takde kerja sekolah.

Tak payah jauh nak cari inspirasi kan. Anak kita ada. Suami. Keluarga atau kawan paling dekat. Atau orang asing yang  berjaya dan usaha semua dari bawah. Bertuah dapat kenal dan diinspirasi oleh orang begini. Bina semangat supaya kita boleh jadi hebat macam orang lain.

Dugaan datang dan pergi. Allah duga sebab memang DIA tahu kita mampu menghadapi. DIA nak tgk kita mampu bertahan atau jatuh. Kembali dan berpaut pada DIA atau tidak. Semua direncanakan dengan sangat baik. Bohonglah saya tak pernah jatuh, tak pernah putus asa. Berulang kali. Tapi bangun dan terus bina semangat. Semoga rasa yang sedikit ini mampu menghidupkan rasa yang hebat lagi.

Belanja gambar tuan tanah yang positif dan semangat pagi ni. Terus positif dan kuat semangat. Terus  bangun dan tidak leka dengan nikmat dunia.xoxo

Lynda Che Lah

1 comment:

  1. Bagus2 lynda. Teruskan positif setiap masa.
    Blogwalking here.
    Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~