Home Ads

Qoid, Qhalif Dan Basikal

Assalamualaikum...

Selama ni memang Qoid naik basikal. Tapi 4 roda. Walaupun dah umur 7 tahun, dia macih tak pandai  mengayuh dengan 2 tayar. Selama ni berkayuh, 2 tayar sisi tu diangkat sedikit. Tapi bila mengayuh masing terhuyung hayang. Tapi masih selamatlah kan sebab tayar sisi tu kira menongkatkan basikal tu daripada jatuh.

Tapi 2 hari lepas, entah macam mana, poksu Adeeb rajin pula nak ajar Qoid dengan basikal 2 tayar. Dengan dua kali cobaan, dah berjaya dah. Maknanya memang selama ni boleh je Qoid tu dengan basikal 2 tayar. Cuma keyakinan takda. Ni dah seronok main basikal siap cakap nak pegi kedai. Panjanglah langkah.

Yang kecil ni pun nak sama juga macam abang. Cuma Qhalif masih tak pandai mengayuh. Jadi layankan nak samarata dengan abang. Qhalif bila mengayuh tu masih  tak pandai buat satu pusingan kayuhan. Dia tak pandai lagi. Tapi kalau semangat kuat macam abang, cepatlah pandai nanti. Anak kedua memang selalu macam tu kan. Ada sumber inspirasi.
Sekarang balik sekolah sebelum pergi mengaji pun sempat lagi nak mengayuh basikal. Petang lepas Asar dah keluar main. Oklah kan dari terperap dalam rumah main gadget. baik riadah. Itupun dah minta ayah belikan basikal  baru. Macam mana tu? xoxo

Lynda Che Lah






1 comment:

  1. Biasa macam tu. Bila makcik/pakcik/nenek ajar boleh pula cepat. Janji jadi.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~