Home Ads

The Koppi ~ Halal, Bersih dan Organik

Assalamualaikum..

Suka minum kopi? Lynda dan suami suka minum kopi. Pagi kami perlu dimulakan dengan kopi. Tak kisahlah kopi susu ke, kopi o ke, Latte, Espresso. Qoid pun minat minum Cappucino.Tu kopi antarabangsa lah kan. Kita ni ada juga kopi yang diproses di Malaysia.

Alhamdulillah, Lynda diberi peluang merasai kopi organik 100% buatan Bumiputra. Bertempat di Sungkai, Perak The Koppi adalah hasil usaha seorang usahawan yang pada mulanya tidak langsung boleh minum kopi. Tapi hasil usaha dan kajian Encik Hafizi atau lebih mesra dipanggil Gee, beliau dapat menghasilkan kopi 100% organik. Proses The Koppi dibuat secara sihat, tiada penggunaan baja kimia dan bebas racun.
Ini adalah sebenarnya warna kopi. Berbeza kan dengan warna kopi yang biasa kita lihat. Melalui perkongsian Encik Gee, warna kopi yang hitam biasanya adalah campuran pelbagai bahan lain dalam kopi. Cuba sekali-sekala kita semak label kopi yang kita beli. Biasanya hanya 50% sahaja kandungan biji kopi yang diproses, selebihnya adalah campuran mentega, garam, arang tempurung dan bijan. Tetapi The Koppi adalah 100% biji kopi yang dikisar halus. Tu sebab warna kopi ini agak jernih tetapi rasanya memang sedap dan rasa kopi. Lagi satu, The Koppi tidak meninggalkan `after taste' yang masam.
Bersihkan sungai yang mengalir di ladang The Koppi. Menurut Encik Gee, buah kopi yang masak ranum boleh dituai dalam tempoh 3 ke 4 tahun dan boleh diproses. 
Biji kopi yang dipetik akan dipecahkan dengan menggunakan alat secara manual atau teknik `pulper'. Tujuannya adalah utuk mengasingkan kulit dan biji kopi yang kemudian akan direndam.
Proses yang seterusnya ini dipanggil Fermentation. Ini adalah biji kopi yang telah dikopek dan direndam untuk memastikan biji yang manis diasingkan daripada biji kopi. Air akan ditukar sehingga jernih. Biasanya proses ini mengambil masa minimum 3 hari. 
 
Selepas itu, biji kopi tadi akan dijemur dalam talam besi supaya cepat kering. Jika cuaca panas dan baik, ianya akan mengambil masa antara 4-7 hari. Jika musim hujan, ia mengambil masa sehingga 2 minggu. Selepas kering biji kopi akan ditumbuk untuk mengasing tempurung. Proses ini juga dilakukan menggunakan tangan sebab tempurung biji kopi keras dan tajam.
Biji kopi yang telah kering kemudiannya akan dipanggang. Proses memanggang ini mengunakan kaedah `blower' atau angin panas kepada biji kopi. Kemudian biji kopi ini dikisar sehingga halus. Dan menariknya The Koppi ini memang super halus. Kena pakai penapis kain untuk mengasingkan serdak kopi atau tak perlu ditapis kalau anda suka minum kopi dengan serbuk.
Ni serdak yang Lynda tapis menggunakan penapis kain bagi seteko kopi. Memang halus dan rasa kopi masih kekal malah lebih sedap berbanding dengan kopi lain yang selalu Lynda minum. Encik Hubby pun suka The Koppi sebab dia kata, kadang-kadang minum kopi ni ada rasa hapak kan. Tetapi The Koppi rasa sangat ringan tanpa hilang rasa kopi tu. 
Minum kopi juga mengikut kajian boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan memberi tenaga. Tapi kena pilih kopi yang sesuai. Setakat ni, memang ini kali pertama Lynda rasa kopi yang segar, tidak tengik dan berbau harum.

Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut boleh terus ke FB The Koppi atau IG The Koppi. Di sini anda akan tahu lebih lanjut tentang keistimewaan kopi yang dipetik dengan tangan ini. Setakat ini The Koppi telah muncul dalam segmen DIY TV Alhijrah dan dilaporkan dalam Sinar Harian serta Insha Allah akan dijadikan antara menu minuman di The Canteen (restoren milik Chef Adu juri Masterchef Malaysia).

 Nak rasa sendiri The Koppi?
FB : The Koppi
IG : The Koppi
WhatsApp : 018 923 5644

Lynda Che Lah

9 comments:

  1. Sangat informative. Sekarang saya sudah tahu macam mana kopi diproses dari buah sehingga menjadi serbuk kopi. #thekoppi antara kopi terbaik kerana ketulenannya dan bebas bahan-bahan kimia dan toksin. 100% kopi. Terbaik!!

    ReplyDelete
  2. Wahh macam.menarik jer ni..biasa tgk warna kopi hitam pekat .. ni takde laa warna hitam pekat nampak jernih macam.nescafe pon ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak Lya. Warna dia menarik. Tapi rasa tetap umph...

      Delete
  3. Sedap kopi ni ,baru leh rasa kopi sebenar

    ReplyDelete
  4. Organik tu. Menarik laaa.... Nanti nak try laa..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~