Home Ads

The Legend Cherating Beach Resort ~ Pengalaman Menarik di Pantai Timur


Assalamualaikum..

Lynda suka sangat pergi Cherating dan suka sangat ke The Legend Cherating. Tahun ini dah 3 kali kami ke The Legend. Nak tahu apa yang seronok sangat ke The Legend ni? Jom baca:

1. Kolam Renang dan Pantai Cherating 


Kolam renang di The Legend sangat menarik. Ada 3 kolam renang keseluruhannya. Ada kolam kanak-kanak, kolam renang biru and kolam renang hijau. Kolam renang hijau tu hanya untuk yang berpakaian renang. Pantai Cherating pula amat bersih. Di pantai ni macam-macam aktiviti boleh dilakukan antaranya tempat pelepasan anak penyu, surfing dan aktiviti air seperti sea rafting.

2. 205 Bilik Untuk Tetamu di The Legend

Deluxe Room dan Grand Deluxe Room berkeluasan lebih kurang 43.57 meter persegi menawarkan pemandangan bilik melalui taman, kolam renang atau laut. Semua bilik dilengkapi TV LCD, cerek elektrik, seterika, peti ais mini, pancuran mandi air panas, kemudahan WIFI, pengering rambut dan tuala. Sofa turut disediakan.

Junior Suite untuk mereka yang perlukan lebih privasi dan ruang yang  besar. Berukuran kira-kira 650 kaki persegi menawarkan tab mandian yang besar, ruang makan dan katil bersaiz king. 

Tapi ada lagi yang besar dan best di The Legend ni. Penthouse! Penthouse terletak di tingkat paling atas dan menghadap ke Laut China Selatan. Penthouse berkeluasan 1958 kaki persegi. Selain bilik tidur utama yang mempunyai katil saiz king dan katil berkembar di bilik tamu yang lebih kecil, terdapat dapur kecil lengkap dengan microwave, plat panas dan ketuhar. Ruang tamu, ruang makan adalah berasingan beserta balkoni lapang menghadap laut pastinya akan jadi pengalaman paling indah di sini.


3. Aktiviti menarik di The Legend
Terdapat pelbagai aktiviti menarik di The Legend. Anda boleh hubungi pihak hotel untuk membuat tempahan dan mendapat maklumat lanjut. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah:
1. Firefly Tour
2. Telematch
3. Demo Muck Dive Scuba
4. Cara² membuat keropok lekor di Kedai Keropok Lekor Intan
5. Melawat Pusat Penerangan dan Santuari Penyu
6. Mangrove River Cruise
7. Aktiviti lepaskan anak penyu ke laut
8. Pet Farm 
9. Aktiviti kecergasan
10. BBQ Dinner 
11. Sea Rafting

4. Sunset and Sunrise Watching
Yang indah mesti yang akan dikenangkan. Di The Legend, anda berpeluang menyaksikan matahari terbit dan terbenam jika cuaca baik. Dan pemandangan indah ini pasti akan membuatkan anda akan terus jatuh cinta lagi dan lagi dengan Cherating dan The Legend.
Kredit gambar : Blogger KBBA9, The Legend, Own

Selalunya Lynda booking thru Booking.com. Tapi ok je kalau anda nak buat tempahan terus ke The Legend. Selamat bercuti! Info seperti di bawah:


Contact Person: Encik Meor (013-3319822)
dos@legendresort.com.my / dos.legend@gmail.com

Alamat resort:
The Legend Cherating Beach Resort
Lot 1290, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur

1 comment:

  1. Dapat menginap satu malam di Penthouse tu memang bestlah. Bilik giler cantik!

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~