Home Ads

Zing+ ~ Sabun Pencuci Organik

Assalamualaikum..

Boleh dikatakan hampir setiap hari Lynda akan basuh baju. Paling kurang pun selang sehari. Anak-anak je pakai baju sehari dekat 4 pasang. Almaklumlah budak-budak kan. Qoid pula balik sekolah baju mesti ada macam-macam warna. Kena rendam sekejap dan sental. Dan lagi satu, kalau pakai sabun serbuk dalam mesin basuh, mesti akan tinggal kesan sabun pada pakaian.

Baru-baru ini, Lynda diperkenalkan dengan satu sabun pencuci berasaskan organik yang berbau harum Detergent Films Zing+. Sabun ini dalam bentuk kepingan ringan seberat 4gram dan bersaiz 0.1cm. Tapi jangan sangka kecil-kecil cili padi ini. Bau harum dan tidak terlalu kuat. Kuasa cucian sekeping ini boleh membasuh untuk 3kg cucian.

Detergent Films Zing+ ini ringan dan boleh dibawa untuk travel. Manalah tahu kan nak singgah  mendobi ke. Boleh guna Zing+ sebab ianya mudah larut, tidak meninggalkan kesan sabun dan mesra alam. Ianya juga bebas fosfor.
Biasanya, kalau Lynda pegang serbuk basuhan yang selalu digunakan, tangan mesti rasa panas kan. Itu sebab kandungan PH dalam sabun basuhan biasa adalah lebih beralkali. Tapi untuk Detergent Films Zing+ ini tak rasa panas langsung serta tidak meninggalkan rasa tidak selesa pada tangan. Sebab ianya bersifat neutral dan semulajadi. Lebih selamat dan jimat juga. Untuk mesin basuh auto berkapasiti 7kg, cuma perlukan 2-3 keping Zing+ ini. Itupun dah hasilkan buih yang banyak dan pakaian bersih serta tiada kesan sabun. Sebab Zing+ ini sangat mudah larut dalam air.

Setakat ini guna, tak perlu sental sangat pun. Cuma masukkan sekeping Zing+ dalam mesin basuh/baldi dan rendam seketika. Lepas itu, boleh terus basuh. Tiada lagi kesan sabun pada pakaian macam yang selalu ada tu. Bau wangi dan harum serta pakaian kurang kedut. Senang juga nak gosok nanti.

Kalau ada yang berminat nak cuba, boleh hubungi Cik Ros Farina di talian 012-2350657. Harga satu pek ini RM49 (30 keping). Mesra alam, mesra pada tangan, jimat masa dan jimat air kan. Untuk maklumat lanjut boleh ke:

 Website :  ZingaPlus

Lynda Che Lah

3 comments:

  1. Best kan Zing+ ni, terutama masa sental baju sekolah anak. Hilang semua daki dan kotoran degil.

    ReplyDelete
  2. Best guna sabun ni..bau dia pon soft jer tak la berbau kuat sangat..mmg suka bau dia..

    ReplyDelete
  3. Tanagn kak ti pun jenis tak tahan ngan sabun.. Tapi Zing+ ni tak buat tangan rasa panas pun..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~