Home Ads

Aidiladha 1438H

Assalamualaikum..

Dah seminggu berlalu lepas raya Haji hari tu kan. Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih untuk Encik Hubby masuk korban. Itupun kebetulan ayah yang ajak kongsi. Kalau ada rezeki lebih apa salahnya kalau kita cuba juga sempurnakan ibadah yang satu ni. Sebelum itu, kena tengok syarat untuk orang yang membuat korban. Tapi semua ini sunatlah kan. Sunat bagi orang yang berkorban itu:
  1. Tidak membuang sebarang rambut/bulu dan kuku daripada badannya sehinggalah selesai korbannya disembelih. (Soheh Muslim 1977).
  2. Mampu menyembelih korbannya, jika tidak  mampu sunat melihat binatang korbannya disembelih.
  3. Sunat sewaktu penyembelihan mengucapkan "Ya Allah, terimalah korbanku dan ahli keluargaku". 
Aidiladha kami di rumah MIL. Kemudian MIL buat korban di Hulu Langat. Proses sembelihan dilakukan hari Sabtu sebab Jumaat tu macam singkat. Keseluruhan lembu sembelihan ada 13 ekor. Seawal pukul 8.30 pagi Encik Hubby dan Ayah dah ke perkarangan masjid.
 
Encik Hubby dan ayah dapat lembu korban kelapan. Sementara menunggu tu, teruskan dengan kerja melapah. Tak sabar tunggu daging korban sebenarnya. Nak masak rendang..hehe. Sebab masa pagi raya, Mama tak masak lauk raya.

Lembu korban kami disembelih lebih kurang pukul 9.30 pagi. Bawa Qoid dan Qhalif tengok. Tapi bersedialah kan dengan pelbagai soalan dan jawapan kenalah bersesuaian dengan umur dorang kan. Tapi nanti dah berakal sikit faham lah tu nanti.

 
 
 
Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak. Tahniah juga untuk pengurusan masjid untuk agihan dan kesempurnaan majlis. Semua urusan selesai lebih kurang sebelum waktu Zohor. Banyak juga kami dapat daging korban dan diagih-agihkan untuk 1 kawasan ni.
 
Ayah suka part tulang. Tu yang beria kerjakan tulang-tulang lembu tu. Tengah hari tu, Mama masak singgang tulang dan Lynda masak rendang daging dengan kuah kacang. Kebetulan cari nasi impit segera tak jumpa, buat nasi impit sendiri balut daun pisang.
Insha Allah ada umur dan rezeki kita buat lagi tahun depan. Simpan sikit-sikit duit sampai cukup RM600. Tu harga sebahagian di Kampung Kuantan, Klang ye. Mungkin tahun depan naik lagi. Sebab kebanyakan tempat dah ada yang RM700. Tetapkan azam setiap tahun jom! xoxo

Lynda Che Lah

1 comment:

  1. Seronok Qiloid dan Qhalif tgk lembu disembelih. Pengalaman buat diorang kan

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~