Home Ads

Beli Komputer Baru

Assalamualaikum..

Minat Encik Hubby ni sebenarnya dari zaman sekolah. Orang otak IT ni walau macam mana pun tak boleh elak dari fikir pasal komputer atau komponen IT. Tapi pelik juga macam mana boleh jadi Penolong Akauntan. Ini minat dan bakat ye. Macam ada orang berbakat menjahit, berbakat buat kek. Dari zaman sekolah memang kerja godek komputer. Tapi dulu-dulu, harga komputer mahal. Laptop apatah lagi kan.

Tiba-tiba tahun ni Encik Hubby cakap nak beli satu desktop PC saja nak buat main game, tengok online movie. Tak best tengok kat laptop. Dan Alhamdulillah rezeki lebihan duit bayaran rumah dapatlah beli satu desktop PC. Kitorang pegi beli 2 malam sebelum Aidiladha hari tu. 

Plan asal nak pergi Plaza Low Yat. Tapi memikirkan mungkin jammed dengan hujan lagi terus dialih arah tujuan ke Digital Mall Petaling Jaya je. Di Digital Mall ni lebih kurang sama macam Plaza Low Yat. Ada bahagian dan tingkat-tingkat menjual pelbagai peralatan komputer, handfone, gajet dan barangan IT. Dan yang penting tenang sikit tak sesak macam Plaza Low Yat.

Sebelum beli Encik Hubby dah survey dulu jenis apa yang nak dan berapa harga. Jadi bila sampai je, terus cari kedai yang lengkap dengan senarai harga. Tu kerja dialah. Lama tak lama juga menunggu. Almaklum orang lelaki shopping~

Nampak tak bahagia tu? Kesemua harga adalah dalam lebih kurang RM1700. Jual rumah baru dapat beli..hahahah...tapi itu belum campur monitor lah..apalah...Dan kesemua ni beli berasingan. Install sendiri. Balik lepas makan tak sabar nak setup office room/gaming room dia..Kalau dah mengadap benda ni, sampai ke Subuh pun boleh. Dia macam insomnia..hehehe..
Kira satu kepuasan sebab dapat pilih barang sendiri, pegang dan pasang sendiri. Kemudian download dan update apa yang nak kan. Security ke firewall ke.. Lynda tak tahu sangat. Tapi banyak yang Encik Hubby ajar. Adalah sikit ilmu tu kalau nak guna di ofis.

Jadi banyak juga masa dihabiskan di office room ni tapi setakat ni tak buat kerja ofis lah kan. Tapi boleh kata bonding time juga dengan anak-anak. Anak zaman sekarang semua touch screen je, so bila ada desktop PC ni macam terkejut pun ye. So satu cara untuk ajar anak pakai PC pun ye juga ni kan. Kelakar tengok Qhalif pegang skrin nak tekan game. Teruk sangat tu dik...haha...
Insha Allah ada rezeki lebih nanti kita build up entertainment room nanti. Jadi semua boleh berkumpul dan lepak sekali satu bilik. Boleh juga pantau apa anak-anak tengok.xoxo

Lynda Che Lah

1 comment:

  1. ada PC kt rmh senang klo nak buat apa2 kerja.. nk update blog pom blh.. hee

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~