Home Ads

Family Day KBBA9 di The Legend Cherating Beach Resort ~ Hari Ketiga

Assalamualaikum..

Hari ketiga di The Legend untuk Family Day KBBA9, Lynda dah ok dan segar. Malam tu bangun tidur lepas kena migrain teruk terus rasa lapar. Tak dapat join pun BBQ Dinner di Olas Patio. So keluar makan dengan Encik Hubby dan anak-anak. Lepas tu masuk bilik tidur balik. Pagi ketiga tu bangun dan fresh terus siap untuk aktiviti seterusnya yang diaturkan oleh The Legend.

Aktiviti terakhir di The Legend adalah Sea/Water Rafting. Acara bina rakit dengan buluh dan pelampung. Nak join tak dapat sebab ABC. Jadi, kita tolong ambil gambar dan bagi sokongan. Kumpulan dibahagi kepada tiga. Penerangan diberikan oleh pihak The Legend. Lepas tu mulalah aktiviti berkumpulan dijalankan. Masa ni lah dapat tengok skill blogger. Kan dah kata bukan sebarang blogger.

 
 
 
 
Masa yang diambil pun tak lama. Untuk memasang rakit ni adalah dalam 20 minit. Semua hasil kerjasama dan semangat yang ditunjukkan semua. Lepas dah siap ni kena bawa ke laut dan mendayung pula untuk dapatkan bendera yang dah diletakkan di tengah laut. Seronok je tengok dorang masa ni.
Aktiviti ni sesuailah bagi merapatkan ukhwah dan kerjasama sesama kita. Sama-sama basah, sama-sama sakit lengan lepas tu..hahaa..

Hari terakhir di The Legend diakhiri dengan sesi jelajah sekitar resort. Pengalaman paling menarik dan berharga. Dapat jumpa blogger hebat dan banyak pengalaman. Tambah kawan baru, tambah ilmu. Terima kasih The Legend untuk kegembiraan dan perkongsian ini. Ada umur, ada lagi. Terima kasih Encik Meor Amran untuk hospitality yang diberikan. Rasa macam dah lama kenal.

TQ The Legend Cherating Resort! Ada rezeki datang lagi!
 

Terima kasih Penaja:

Santuari Penyu Cherating

Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~