Home Ads

Gel Mandian Dari Cosmoderm ~ Dengan Tea Tree Oil

Assalamualaikum..

Selalunya beli sabun atau gel mandian, ada yang rasa melekit kan lepas mandi? Lynda paling tak suka atau erti kata lain rimas dengan sabun macam tu. Kadang bau je wangi tapi rasa tak bersih pun ye kan. 

Jadi, Lynda rasa dah jumpa salah satu gel mandian yang bukan saja harum dan tidak meninggalkan kesan melekit lepas digunakan. Produk daripada Cosmoderm, Tea Tree Oil Shower Gel.
Gel Mandian ini menggunakan minyak Tea Tree sebagai salah satu bahan. Selain itu, gel ini bebas paraben dan suci. Bau wangi pun tidak terlalu kuat. Kepekatannya agak pekat dan boleh jimat kalau dengan hanya sedikit gel digunakan. Untuk Qhalif yang badan agak sensitif kepada peluh memang sesuai sangat pakai gel ini.

 
 
Hanya dengan sedikit gel boleh hasilkan buih yang banyak dan membersihkan keseluruhan badan. Tidak melekit dan meninggalkan rasa tidak selesa pada kulit selepas mandi. Because I Love My Skin. Gel mandian ini kini sedang dijual dengan harga promosi di Cosmoderm. 
 
Untuk promo terkini atau maklumat lanjut dan pilihan produk lain anda boleh ke:

Website : Cosmoderm
FB : Cosmoderm
Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~