Home Ads

Kula Cakes - By Lila Wadi, Kuantan

Assalamualaikum..

Trip ke Pantai Timur tahun ni adalah dalam 5 kali kalau tak silap. Pertama balik Besut bulan Mac, lepas tu ke Kuala Terengganu bulan April. Kemudian ke Temerloh dan Cherating bulan Mei. Sekali lagi ke Kuala Terengganu bulan Julai. Paling akhir setakat ni ke Cherating bulan Ogos. Tapi tak sampai juga ke Kula Cakes ni. Masa nak balik dari Cherating trip Mei tu nak singgah tapi Isnin, Kula Cakes tutup.
 

Apa ada kat Kula Cakes ni sampai sibuk orang Klang, orang KL nak pergi kalau singgah Kuantan atau ke Pantai Timur. Mango Cheesecake dia yang dikatakan sedap dan tular. Tapi tengok gambar pun dah kecur liur. Tak mengandung pun boleh jadi mengidam.

Akhirnya, masa pergi Family Day KBBA9 bulan lepas tu baru berkesempatan nak ke Kula Cakes. Itupun sebab balik awal Qoid ada exam esoknya. Masa sampai di Kuantan, tercari-cari juga kedai ni. Rupanya sebelah je tepi jalan. Deko yang cantik-cantik tu di tengah-tengah bangunan.



Kedai agak kecil. Muat dalam 3 meja kecil dengan barisan untuk order, kaunter bayaran dan amik kek. So kalau ramai memang kena beratur sampai luar jalan. Dorang dah sediakan red tape untuk barisan. Untuk makan di sini boleh ke kedai sebelah. Ni open air. Boleh lepak amik gambar dengan deko yang cantik.

Harga kek adalah mampu milik. Kalau mampu makan kek resepi rahsia, Insha Allah harga kek di Kula Cakes adalah berbaloi. Selain Mango Cheesecake yang popular tu, ada bermacam jenis lagi kek macam Pavlova, Creme Brulee, Moist Chocolate dan lain-lain. Boleh dimakan terus atau kalau nak bawa balik, korang boleh inform staff. Dorang akan balutkan kek-kek tu bersedia untuk travel jauh. Sampai rumah masuk je peti ais.

Hari tu  Lynda beli juga Creme Brulee dan Brownies. Semua sedap. Tak sempat tunggu balik Klang. Masa tu juga makan dalam kereta. Nikmatnya..Tak tahu nak cakap. Tapi lain orang lain citarasakan. Nak repeat tidaklah. Tapi kalau kebetulan di Kuantan atau ke Pantai Timur boleh singgah sebab Encik Hubby suka dengan Cheesecake ni. Susah dia nak suka Cheesecake. hehe...


Siapa yang teringin nak rasa boleh ke Kuantan. Dah pegi bawa ice box ke untuk bawa balik makan puas-puas. Senang juga nak cari kedai ni sebab terletak di tengah bandar Kuantan. Insha Allah, ada umur singgah lagi. Nak try kek lain pula.

Kula Cakes by Lila Wadi
Alamat : A96 Jalan Besar, 25000 Kuantan
Waze : Kula Cakes
Waktu Operasi : 1.00 petang - 9.00 malam 
(Dibuka setiap hari kecuali Isnin)
No.  : 017-971 1396

Lynda Che Lah

4 comments:

  1. tak pernah lagi smpai ke situ hehe

    ReplyDelete
  2. Hari tu tak sempat nak singgah Kula Cakse ni

    ReplyDelete
  3. feberet..manggo cheese cake..mmg sedapp

    ReplyDelete
  4. kalau dapat peluang datang sana, nak singgah ke sini

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~