Home Ads

Qoid Rafif ~ 7 Tahun 7 Bulan

Assalamualaikum..
Lama tak share cerita anak-anak kan. Hari ni pasal Qoid Rafif. Dah 9 bulan masuk Darjah 1. Perkembangan belajar ok. Alhamdulillah membaca dah lancar. Mengira pun dah ok. Tapi soalan matematik Darjah 1 pun susah nampaknya. Jadi memang banyakkan latihan untuk dia. 

Malam sebelum tidur, akan ajak berbual. Kadang dalam Bahasa Inggeris. Saja ajak dia berbual. Sebab Bahasa Inggeris ni kita kena selalu bercakap untuk jadi lebih proper kan. Dengan Qhalif pun join sekali. 

Gigi depan atas dan bawah dah selamat dicabut. Kebetulan juga gigi baru dah tumbuh. So kita latih dia gosok gigi dengan betul. Walaupun Qoid anak sulung, tapi dia manja. Lebih manja dari Qhalif. Semua Ibu kena buat. Kalau dia nak buat, dia akan buat bergantung kepada arahan. Jadi kena selalu suruh. Encik Hubby kata ini biasa untuk lelaki. Kena kerap ingatkan dan suruh. Ye, perkara biasa di rumah.
Di sekolah, dia agak pemalu. Kurang agresif dibandingkan dengan budak lain. Dan kena buli. Tapi buli ambil duit atau ambil barang. Buli kena pukul takde. Sebab kami ajar dia, kalau orang tumbuk, tumbuk dia balik. Kalau orang pukul, pukul balik. Kalau tak tahan, lari terus. Jangan jadi mangsa. Tapi setakat ini, takde yang serius. Di sekolah kita tak boleh harap cikgu lah kan. Jadi setiap kali balik sekolah, kita tanya dia. Apa jadi di sekolah. Dan biasanya Qoid akan cerita. Jadi kami akan pantau dari situ. Tapi setakat ni takde yang serius. Pengajaran untuk Ibu Ayah, duit belanja bagi cukup-cukup je. Peralatan sekolah pun bagi cukup untuk belajar je.

Qoid suka membaca, melukis dan mewarna. Habis buku latihan sekolah yang kosong dibuat buku lukisan. Melukis imaginasi dia. Tak kisahlah kan. Untuk perkembangan minda dan otak. Hari tu hasil mewarna, dapat tempat ke3 pertandingan mewarna sempena Hari Kebangsaan di sekolah. Senyum je masa ambil balik sekolah tu.
Di rumah, selain riadah di luar sangat suka tengok movie. Dah tak layan dah Disney Channel, Disney Junior tu. Tgk kartun usia dia dah. Ntah faham ke tidak tak pasti. Tapi faham rasanya. Mata tahan kalau dibukakan movie. Antaranya Lego Movie, Angry Bird The Movie. Sukalah dia. Tambahan pula Encik Hubby dah setup kan 1 PC untuk tgk movie je. Tapi yang penting duduk diam bila tengok movie. Tapi sekarang banyak riadah di luar sejak pandai kayuh basikal 2 roda ni dan main badminton. Asyik kat luar je lah.

Lagi satu, setiap Sabtu dah join kelas Taekwando. Untuk menambah keyakinan diri dia. Encik Hubby dah pesan. Kalau dengar pukul orang di sekolah atau di luar, Ayah berhentikan kelas. Sebab masuk Taekwando bukan untuk pukul orang tapi sebagai pertahanan diri dan menambah keyakinan. Setakat ni, balik kelas dia tunjuklah dia belajar apa. Dan kami seronok tengok.
Ni nak hujung tahun. Nak periksa hujung tahun kan. Ibu dah pesan untuk tambahan latihan. Qoid kata ok. So, aktiviti bulan ni dan seterusnya untuk fokus dalam persediaan peperiksaan akhir tahun. Semoga mampu buat yang terbaik supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran dan kelas.xoxo

Lynda Che Lah

2 comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~