Home Ads

Resepi Daging Bakar dan Sos Pencicah Sedap

Assalamualaikum..

Lynda jarang sangat kongsi tentang resepi sebab masak selalunya ikut je resepi yang ada. Masak masakan yang biasa macam buat sambal goreng, masak kari ikan/ayam. Tapi kali ni daging korban banyak. Bosanlah pula asyik buat daging goreng, daging singgang kan. Kali ni nak cuba resepi daging bakar pula.
Resepi daging bakar Thai dan Sos Pencicah.

Bahan-bahan perapan:
  1. Daging 1/2kg
  2. Bawang putih 4 ulas*
  3. Serai 1 batang*
  4. Kicap
  5. Sos tiram
  6. Garam & Gula

Cara: 
Tumbuk semua bahan bertanda *. Perap daging yang dihiris dengan kicap, sos tiram dan bahan tumbuk (perap sekurang-kurangnya 1/2jam atau lebih). Sewaktu membakar, gris sedikit minyak atas griller dan bakar daging mengikut kesesuaian.

Bahan-bahan sos:
  1. Bawang putih 1-2 ulas
  2. Cili padi (ikut suka)
  3. 2 sudu kecil sos ikan
  4. Garam & Gula
  5. 4 biji limau kasturi/limau nipis
  6. Daun ketumbar/Daun Sup (dihiris)
Cara:
Tumbuk bawang putih dan cili padi. Perasakan dengan sos ikan, garam gula dan perahan limau. Yang ini kena seimbangkan rasa masam, manis masin.

Selamat mencuba.xoxo

Lynda Che Lah

4 comments:

  1. sedap nampak... nanti boleh cuba nih...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya!! Nak bakar dalam kuali boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh Bella. Pandai-pandai jaga..hehe. letak butter atau minyak sikit je

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~