Home Ads

Resepi Nasi Ayam Mudah

Assalamualaikum...
Lynda suka masak nasi ayam. Sebab? Sebab senang dan cepat. Ada orang tanya, senang ke masak nasi ayam? Bagi Lynda senang je sebab ianya mudah dan cepat. Dan yang penting anak-anak dan suami makan banyak dan bertambah. Jadi hari ini Lynda nak kongsi resepi nasi ayam yang mudah dan senang.

Bahan-bahan :
Ayam (potong ikut suka dan direbus)
Kicap Manis (sebagai perapan ayam yang telah direbus)

Bahan nasi :
Beras (3 pot)
3 ulas bawang putih
1 sudu minyak masak/mentega
3 sekawan
1 kiub pati ayam Knorr
Air rebusan ayam
Sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning (pilihan)

Bahan sos cili:
3 biji cili merah
Satu sudu cuka
2 sudu cili sos
Secawan air masak
2 sudu gula
sedikit garam  

Cara memasak ikut mana yang mudah. Mula-mula yang mudah kita rebus dulu ayam dan kemudian perapkan dengan kicap manis. Nak rebus lama mana pun terpulang sebab air rebusan tu nanti masak nasi kan. Lynda guna kicap manis je untuk perapan. Kalau ada nak tambah bawang putih tumbuk ke, halia ke boleh tambah. Tapi ini pun dah cukup sebenarnya.
Untuk nasi, basuh beras dan ketuk bawang putih. Kalau rajin boleh tumis dulu bawang putih dan 3 sekawan dengan minyak atau mentega tu. Tapi namapun mudah kan. Letak je semua dalam periuk dan terus didihkan. Kalau masak guna rice cooker terus je on suis.
Ni bahan untuk cili. Perasakan ikut selera ye. Lynda jenis makan cili tak dimasak. Tapi pastikan basuh bersih dan dikisar halus. Gunakan air yang telah dimasak atau telah ditapis ye. Setakat ni makan tak sakit perut. Kalau makan yang dah dimasak sakit perut pula. Perut lain-lain kot.hehehe.
 
Ayam yang diperap dengan kicap tadi boleh digorang ikut citarasa. Nak garing ke atau nak biasa je. Tapi pastikan api tak besar ye. Sebab ayam dah direbus. Nanti hangit pula kulit luar tu. Jaga juga sebab minyak terpercik sebab ada kicap tadi. Masa ni bau harum satu rumah.
Untuk sup, boleh tumiskan bawang merah dan bawang putih serta hiriskan sedikit daun sup. Kicap pula ambil je dari air perapan ayam tadi. Kalau pekat tambah sikit sup yang dah masak tu. Masak macam ni pun anak-anak makan bertambah. Mungkin seri nasi warna kuning dan berkilat tu. Nasi berkilat sebab masa tanak tu kita letak minyak sikit kan. Bau bawang putih pun tak kuat. Alhamdulillah mudah dan cepat. Selamat mencuba!

Lynda Che Lah

4 comments:

  1. ok nak save resipi nih. nt pm akak link ni kt wasap boleh tak? heheh

    ReplyDelete
  2. simple jer resepi ni..blh try jugak nanti

    ReplyDelete
  3. bagus lagi simple lagi orang nak buat..ehehe

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~