Resepi Spageti Mudah Untuk Anak-Anak

September 27, 2017

Assalamualaikum..
Kadang-kadang buntu nak masak apa untuk anak-anak. Untuk sarapan selalunya. Sebab Qoid dan Qhalif, kalau makan malam kurang sikit. Dorang banyak makan waktu siang. Waktu malam slow down. Kadang-kadang  makan roti yang disapu mentega atau sapuan coklat. Itu pun sorang sekeping. Dan Qhalif sangat suka spageti. Dia tak kisah spageti goreng ke, celur spageti macam tu je ke. Tapi kalau buat kuah carbonara dia suka sangat. Cuma baru ni Lynda cuba gorengkan spageti dengan cara yang mudah.

Bahan-bahan :
Spageti/Angel Hair (rebus dengan sedikit minyak dan garam)
2 sudu butter
Sebiji bawang merah (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 ketul kiub pati ayam Knorr
Susu segar
Pilihan daging/ayam cincang
Sayuran campur (jika ada)
Sedikit herba kering (rosemary/thyme/parsley/oregano/basil)

Cara memasak :

  1. Cairkan butter dan tumis bawang yang dicincang sehingga layu.
  2. Masukkan kiub pati ayam dan tumis sehingga masak.
  3. Kecilkan api dan masukkan ayam/daging cincang dan sayuran campur (jika ada)
  4. Masak sehingga ayam/daging masak.
  5. Masukkan spageti yang telah direbus dan gaul rata.
  6. Tambah sedikit susu segar.
  7. Sebelum hidang, boleh taburkan herba kering untuk menambah bau.


Qhalif suka sebab simple dan cepat dimasak..hehe.. Lagipun ada rasa lemak susu dan butter kan. Bolehlah cuba, budak-budak sukalah ni. Senang dan mudah dimasak. Selamat mencuba.xoxo

Lynda Che Lah

You Might Also Like

0 Komen

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram Lynda Che Lah

KBBA 9

Followers

Google+ Followers

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pandangan dan pendapat adalah pandangan peribadi penulis. Sebarang maklumat yang dikongsikan hanya bertujuan untuk perkongsian.

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap kesilapan atau ketinggalan maklumat di dalam blog ini. Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kemalangan atau kerosakan kerana maklumat yang disediakan.

Sebarang perkongsian gambar atau artikel perlu mendapat kebenaran penulis secara bertulis. Komen yang dipaparkan adalah atas persetujuan penulis. Penulis berhak memadam atau mengedit sebarang komen tanpa sebarang notis.

Terima kasih untuk sokongan anda.