Home Ads

Bawa Anak Riadah di The Parenthood Playland Sunway Pyramid

Assalamualaikum..

Masa pergi event Nohoo2u hari tu, Lynda dapat 2 baucer untuk The Parenthood Playland. So lepas tu terus plan nak bawa anak-anak pergi playland ni. Sebelum ni kalau pergi playland, kami ke Space U8. Tapi dah tutup pula playland kat sana. So, kali ni kita bawa anak-anak riadah dalam mall di The Parenthood Playland.

The Parenthood, Sunway Pyramid

Konsep The Parenthood ni lebih kepada pusat sehenti untuk barangan bayi dan kanak-kanak. Terletak di bangunan Sunway Clio Hotel, boleh diakses melalui Padini Concept Store sekiranya korang dah ada di dalam Sunway Pyramid. Jika tak boleh je parking di Clio Hotel dan terus direct ke The Parenthood. Konsep The Parenthood Playland adalah taman permainan di dalam bangunan yang semestinya dilengkapi dengan peralatan yang selamat dan bersih. Kebersihan adalah aspek utama sebab yang hadir semua adalah kanak-kanak seawal usia 2 tahun. Sambil anak-anak bermain dan beriadah, Ibu boleh pergi shopping. Sebab di The Parenthood ada pelbagai kedai dan aksesori untuk kanak-kanak dan bayi.


Lagi satu konsep menarik adalah bertemakan London. Ada bas dua tingkat macam di London, The Big Ben di tengah-tengah. Menarik untuk kanak-kanak dan rasa macam di London pula..hahaha..

The PlayLand..

Harga Tiket :

Untuk hari biasa (Isnin-Jumaat) ~ RM42.40  (2tahun-12 tahun) dan RM21.20 (bawah 2 tahun) 
Untuk hari Sabtu,Ahad dan Cuti Sekolah ~ RM53.00 (2tahun-12 tahun) dan RM26.50 (bawah 2 tahun) 
Setiap kanak-kanak perlu ditemani seorang dewasa tetapi ada petugas yang akan memastikan anak-anak selamat dan mengikut peraturan.



Peraturan PlayLand/ Apa yang Boleh atau Tidak Boleh
  • Sila pastikan korang memakai stokin. Untuk penjaga pun kena pakai stokin. Jika tiada stokin bayaran RM2 akan dikenakan dan korang akan diberi stokin.
  • Bawa air minuman (air mineral). Tiada halangan untuk membawa minuman tetapi tidak dibenarkan membawa makanan. Terdapat kafe yang menjual makanan dan minuman.
  • Selagi korang memakai wrist band, korang boleh keluar masuk ke Playland contohnya untuk ke tandas atau solat dan makan.
  • Jika anak anda mengalami masalah kesihatan seperti HFMD, demam campak ke, selsema ke, ada ruam ke, so better korang tak bawa masuk anak ke sini ye. Takmo ah berjangkit dengan anak-anak lain. Nanti dah baik, boleh datang lagi..
  • Kalau ada plan nak buat event macam birthday party ke,boleh ke kaunter dan beritahu plan anda. Ada dewan kecil untuk majlis peribadi dan harga adalah berdasarkan pakej.

Permainan di Playland

Ada banyak jenis permainan di PlayLand ni. Daripada gelungsur warna pelangi, trampolin. buaian, gelungsur menggunakan kotak, bola-bola kecil dan cara memanjat dan melepaskan diri daripada halangan. At least di sini sambil bermain, anak-anak boleh bekerjasama menyelesaikan halangan dan rasa seronok bermain. Lynda pun sempat cuba gelungsur warna-warni tu. Seronok! Hahaha..



So, kalau taktahu nak kemana bawa anak beriadah, tambahan dalam cuaca panas ni, boleh singgah ke The Parenthood Playland ni. Luas dan selesa serta selamat sebab mereka sentiasa diawasi dan dipantau oleh petugas PlayLand. Kadang petugas PlayLand pun jadi tukang sorak kalau anak-anak sedang menghadapi halangan. Janji anak-anak gembira dan seronok.

Sebab kan luas dan besar, dorang sendiri yang minta balik sebab dah penat. Haha...Puas lah berlari, memanjat, naik gelungsur turun gelungsur. Bertambah kawan. Ibu Ayah boleh duduk tepi atau join sekali. Jadi kanak-kanak balik..hehehe..xoxo

Lynda Che Lah



5 comments:

  1. Bdk2 mmg syok la kalo dpt pi Playland mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak budak pun syok kak.. Join sekali hari tu.Hahaha..

      Delete
  2. ingatkan the parenthood ni dkat sunway putra. haha! selalu pkir sunway putra. adoi laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Sunway Putra pun ada satu cawangan IQ..hehe

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~