Home Ads

Slide The City Malaysia ~ Gelungsur Air Waktu Malam Kini di Setia Alam!

Assalamualaikum..

Pernah tak main gelungsur air waktu malam? Kebanyakan taman tema air yang ada gelungsur air ni pukul 6 dah mula tutup kan? Tapi kali ini, anda boleh cuba gelungsur air di waktu malam sambil ditemani bintang berkelipan dan cahaya bulan!

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti gelungsur air, Monkey Theory Sdn. Bhd sekali lagi membawa gelungsur air ke Malaysia dan kali ini di Setia Alam, Selangor. Bertempat di Tempat Letak Kereta C, Setia City Convention Centre, gelungsur air ini boleh dinaiki dan diterokai setiap hujung minggu bermula hari Jumaat (5 petang-12 tengah malam) dan Sabtu Ahad (9pagi-12 tengah malam). Yang menariknya juga, mereka akan berkampung selama sebulan bermula 30 September 2017 sehingga ke 29 Oktober 2017.

Sabtu lepas, Lynda dan keluarga diberi peluang mencuba sendiri gelungsur air ini dan pelbagai aktiviti lain yang diadakan. Ada Gladiator Joust, Dunk a Friend, Bull Ride, The Resistance Stretch, Giant Ball, aktiviti memanah, pelbagai pilihan Foodtruck, Urban Beach untuk lepak-lepak. Gelungsur tu Qoid dan Encik Hubby yang naik sebab ada had ketinggian untuk tujuan keselamatan.









Menurut Pengasas dan CEO Monkey Theory Sdn. Bhd, Encik Leong Delon, beliau mahu memberikan suasana baru dalam menikmati aktiviti gelungsur air dan yang penting dapat dinikmati bersama keluarga. Yang menariknya, kita takkan kena sunburn sebab main gelungsur air berulang kali pada waktu malam!
Selain itu, para penaja juga menunaikan khidmat sosial seperti menyumbangkan hasil kutipan tiket gelungsur air ini kepada National Kidney Foundation dan melindungi ikan jerung oleh Wahoo Events melalui program Say NO to the consumption of sharkfin. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Leong Delon sendiri dengan menaiki gelungsur air bersama barisan penaja lain. Happening!
Bagi yang nak mencuba dan merasai sendiri pengalaman ini, tiket boleh didapati di www.slidethecity.asia atau boleh datang terus ke tapak. Harga tiket adalah bermula daripada RM25 (kanak-kanak) sehingga RM96 (dewasa). Tapi pastikan anak anda berusia 7 tahun ke atas dan berketinggian sekurang-kurangnya 110cm. Tiket juga boleh didapati di cawangan 7 Eleven di Lembah Klang, Selangor dan Pulau Pinang. Sebarang maklumat lanjut boleh ke FB Slide The City Malaysia. Happy Sliding!

Penaja Rasmi : Glinter, GoPro, Pico Design, Kose (Malaysia) dan Warrior.

Rakan Niaga Rasmi : S P Setia, Haribo, UBER, tonton, Cleo, Wahoo events, Great Eastern, AirAsia Big, ROKKI, Fitness First, 7Eleven, National Kidney Foundation (M), LAC Printing and Packaging, Chili Pang Pang.

Rakan Media : Tantannews, GO Communication, Anita Souvenirs, TV3, 8TV, NST, Berita Harian, Harian Metro, SAYS, OhBulan, Sirap Limau, Klips & Studio8 (Quickie)

Disokong oleh Tourism Selangor.

#slidethecity #slidethecitymy #slidethecityasia

Lynda Che Lah

1 comment:

  1. Saya dah baca, menarik juga ya.
    Anak-anak pasti suka. Biasa dengan Sunway Lagoon atau A farmosa water world. Sekarang dah tahu ada tempat baru. Terima kasih kongsikannya.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~