Home Ads

Qhalif Umar ~ 3 Tahun 8 Bulan

Assalamualaikum..
Hari ni Qhalif Umar 3 tahun 8 bulan. Tapi Ibu rasa macam dah besar sgt. Sekarang ni dia penghibur hati semua orang. Kalau takde dia mcam suram. hehe..

Alhamdulillah, kesihatan baik cuma kulit dia sensitif. Kalau peluh, nanti naik ruam-ruam. Takde gatal pun. Cuma kena mandikan dengan Himalaya Neem & Turmeric Body Wash atau Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel tu..So tidur malam memang kena buka aircond. Nanti dalam 3 jam boleh tutup sebab bilik dah sejuk.

Masih pakai pampers. Ni taktau macam nak nak train free diapers. Sebab dia sgt pandai menjawab. Abang Qoid dulu 3 tahun 3 bulan dah free diapers. Yang ni payah sikit. Pernah je cuba. Tapi setiap selang 5 minit nak kencing.. Selang 5 minit lagi nanti pergi kencing. Tak banyak pun. Cuma dia rasa nak kencing. Dah cuba petua pakaikan seluar dalam pun tak jalan. So, kesabaran Ibu belum tinggi lagi nak melayan yang ini, jadi biarlah dia belajar secara normal dan alami. hehe

Cakap toksah cakaplah. Orang kata macam diajar-ajar. Padahal takde siapa ajar pun. Perkataan dia terang dan jelas serta pandai buat lawak. Dengan TokAyah boleh ajak berborak dan berbalas cakap. Ada je patah perkataan nak patahkan kata TokAyah. Kadang tu tergelak je TokAyah sebab takleh lawan jawapan Qhalif.

Alhamdulillah, dah boleh baca dan hafal Al-Fatihah. Berkat dengar abang dan Ayah baca kuat masa solat. Budak-budak ni memang akan belajar daripada pendengaran. Jadi, jaga cara kita bercakap. Jangan sebut benda yang tak perlu disebut. Sebab dia akan simpan dalam memori dia. Masa baca Fatihah walaupun bunyi tak jelas dan tajwid tak betul Tapi Qhalif ingat setiap rangkap ayat. Malam nak tidur baca doa tidur dan baca Al Fatihah. Tangan dia mesti tutup mulut Ibu sebab dia nak baca sendiri. 

Dia penasihat tetap abang. Kalau abang belum solat, dialah tukang ingatkan. Nanti habis waktu lah..dah lambat lah.. Tapi bila suruh dia solat, jawapannya dia kecil lagi. Akal panjang ni. Kalau abang lambat mandi. dia lah bebel dulu sebelum Ibu..

Kegemaran sekarang ni masih nasi goreng dan suka tengok Omar dan Hana. Boleh hafal lah lagu Omar Hana tu. Upin Ipin pun suka juga. Kalau kat Youtube Kids tu dia pandailah nak search apa. Dengan lagu-lagu English yang menarik perhatian dia. Sangat suka kenderaan macam kereta polis dan kereta bomba. 

Sekarang suka tanya orang pasal cita-cita. Cita-cita Qhalif nak jadi tukang masak. Sebab nak tolong Ibu dan Onny kat dapur. Dan cita-cita juga nak jadi Bomba atau Polis. Tapi tu lah pesan kat dia. Kenalah rajin belajar juga walau nak jadi apapun kan..

Doa Ibu semoga membesar sihat, jadi anak yang soleh dan membanggakan. Semoga boleh kekalkan adab yang Ibu Ayah terapkan. Walaupun cakap banyak, janji kata-kata itu tak menyakiti sesiapa.. Tahun depan tak jadi lagi pergi sekolah. Kita tunggu 5 tahun.xoxo

Lynda Che Lah

5 comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~