Home Ads

Cara Betulkan Adsense Lepas Tukar Domain

Assalamualaikum..
Nak share berita baik! Lynda dapat Adsense Lynda balik! Macam dapat durian runtuh rasa.. Sebelum ni mood kemurungan juga sebab macam-macam dah buat untuk dapatkan Adsense tapi akhirnya berkat bantuan Encik Hubby, dapat balik paparkan Adsense di blog dan keep generate income!

BILA APPLY ADSENSE
Dah lama sebenarnya apply Adsense ni. Tak silap awal tahun 2017. Masa tu saja je sebab tengok bestnya orang update akaun Adsense dorang membuahkan hasil lumayan. Tapi masa tu juga, blog kurang post sebab kesibukan kerja. Dah lulus masa awal tahun 2017. Tapi tak pernah terfikir nak letak kat blog. Kiranya, tak ambil tahu pun.

Lepas 6 bulan tak aktif, Adsense hantar reminder kalau tak akaun akan ditamatkan. Baru lah masa tu sibuk nak letak iklan kat blog. Dan bila buka dashboard Adsense, happy sebab blog tak berupdate pun boleh jana income. Lumayan tak lumayan pun kalau dalam $ nampak macam wau banyaknya!

ADSENSE TAK BERFUNGSI SELEPAS TUKAR DOMAIN
Adsense kembali menari-nari di blog untuk tempoh tak sampai sebulan pun sebab tiba-tiba Lynda decide nak tukar domain. Masa ni juga taktahu yang kalau kita tukar domain, Adsense akan automatically disable. Lepas dah beli domain, tengok dashboard Adsense suram. Langsung takda transcation, padahal dalam setting template blog ada je Adsense tu. Tapi setiap kali buka blog, takde iklan. 
Baru lah Google balik, sekali ramai yang cakap, kalau kita tukar domain, memang Adsense akan lenyap. Sebab tak boleh baca domain baru. Selain tu, polisi Adsense tak boleh seorang ada lebih dari satu akaun Adsense. 

CARI JALAN PENYELESAIAN
Masa ni, macam tak tahu nak buat apa. Google untuk penyelesaian pun kebanyakan suggest reapply. Buat juga begini. Tapi disebabkan, nama yang dicatatkan dalam ruangan payment tu nama yang sama, so Adsense just inform akaun telah wujud. Betulkan lah html dan layout still Adsense kaku.

Tanya kawan-kawan blogger pun kebanyakannya bagitau cuba hantar ticket atau reapply. Lama juga tu cari jawapan. Tetapi masih sama. Jenuh recreate akaun gmail la apalah..masukkan domain baru sebagai akaun kedua lah tapi Adsense tetap bagitau akaun telah ada. Keep advertise tapi kat blog takde.

Mood down sampai ke saat cukuplah, dahlah. Takde rezeki nak pakai dan merasa income Adsense. Memang takde penyelesaian. Dan biarkan saja akaun tu terminate nanti dalam 6 bulan. Lepas tu kita fikirlah balik. Cuma mengadu dengan Encik Hubby, Adsense dah takde T_T

JUMPA PENYELESAIAN
Hari Ahad lepas, masa siapkan entri Bangi Wonderland, cuba lagi google penyelesaian. Konon nak give up tapi hati masih mahu. Tapi end up bising-bising sebab jawapan masih sama. Dah godek layout semua, masih sama. Kaku..

Sekali, Encik Hubby tunjuk something dia Google kan. Adsense tidak lagi ada di blog selepas tukar domain. Ini antara soalan kegemaran rupanya pada team support Google dan Adsense. Rupanya, bukanlah Lynda sorang yang hadapi masalah sama selepas tukar domain.
Jawapannya ada dalam Dashboard Adsense rupanya. Tapi ye lah. Manalah kita nak cari tambahan pula banyak ayat teknikal. Bila dah stress tu baca apapun tak jumpa.

Untuk menukarkan akaun Adsense kepada domain atau hosting baru, log in ke akaun Adsense > pilih My Ads > Other Products > Upgrade Now > isikan form dengan alamat url baharu korang. Macam Lynda hari tu masukkan www.lyndachelah.com dan apply. Lepas apply, kena tunggu at least 3 hari untuk Adsense proses. Ada rezeki adalah kan.

Dan hari ni, dapat emel daripada Adsense mengatakan pertukaran domain telah berjaya! Syukur. Adsense dah kembali di lyndachelah.com. Semangat balik..hehe..
So, tak murung dah. Dan semangat kembali ada. TQ semua yang sudi dgr keluh kesah. Dan kena rajin lebih lagi lah kan. Yang penting jangan putus asa dan jangan malu bertanya..xoxo

Lynda Che Lah

13 comments:

  1. Tahniah.. Good info utk mereka yg ada masalah yg sama..

    ReplyDelete
  2. Waaahhh...bagusnya tips ni...tenkiuuuu lyndaaa...iQ jadi tak risau dah kalau nak tukar domain mcm ni...tapi current amount efek x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Current amount stay IQ. Sebab still pakai same account. Cuma url blog berubah :)

      Delete
  3. Alhamdulilah lynda...teruskan semangat berblogging ya!

    ReplyDelete
  4. wah tahniah..nad apply tak lepas lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena apply dan apply..Insha Allah.Tunggu berita gembira nad

      Delete
  5. Memang murung kalau hilang hehe tahniah dpt balik , lega rasa

    ReplyDelete
  6. Banyak dengar masalah ni timbul dari blogger-blogger.. Belum berkesempatan untuk apply adsense.

    Harap2 tak jadi macam ni la.. kalau jadi macam ni, nanti saya rujuk balik artikel ni k?

    Terima kasih

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~