Wanita dan Resit ~ Kenapa Mesti Simpan Resit Ye?

December 12, 2017

Assalamualaikum..

Pagi ni Lynda kemas wallet kecil. Sebab rasa kenapa macam serabut. Dan yang buat serabut selalunya resit-resit yang disimpan tak kira beli apa. Korang macam tu tak? Macam dah jadi habit pula simpan resit ni. Nak kata ada sebab, tak juga. Sebab, kalau sesi spring cleaning wallet tu, last-last mesti buang juga resit tu.
KENAPA SUKA SIMPAN RESIT?

Bagi Lynda, satu sebab kenapa Lynda simpan resit adalah, Lynda tak suka buang sampah merata. Lynda tak suka tengok orang ambil resit kalau beli somethings tu lepas tu ponyok-ponyok resit pastu buang. Rasa macam..eiiii.geramnya. Memang lah resit tu kecil je kalau diikutkan. Tapi kalau semua orang macam tu, bayangkan macam mana banyaknya resit dan sampah dikumpulkan. Cukuplah kan korang tengok kat bank bersepah resit. So, kalau Lynda ambil resit, Lynda akan terus masuk dalam wallet termasuk dengan duit baki. Senang. Nanti baru kemas. Sebab tujuan utama untuk resit pun kebiasaannya hanya untuk tengok baki duit yang diterima betul ke tak. Betul kan.
Selain itu, ada teman yang bagitau, nak buat reconcilation. Haha.. mungkin. Nak tengok banyak mana kita dah berbelanja 2 3 hari ni. Perlu ke tidak. Tapi biasanya kalau wanita berbelanja memang perlu lah kan. Kecuali shopping online. hehe.. Shopping online takde resit. Kalau ada dalam inbox emel. So tak bersepah dan biasanya tak tengok. Sebab takut tengok amaun. Haha..
Ketiganya, kebanyakan barangan dan kedai yang kita pergi tu, boleh tukar barang, pulang barang dan ambil duit balik kalau barangan yang dibeli rosak ke atau tidak menepati citarasa (saiz). So dengan adanya sikap wanita suka simpan resit ni, bolehlah kan kita menyelamatkan keadaan genting ni. Kalau ada resit je baru boleh tukar. Kan...mudah. At least resit tu dalam wallet seminggu pun masih ada gunanya.

Keempatnya, bukti utama perbelanjaan untuk diangkat bagi kelulusan seterusnya oleh YAB Encik Hubby. Kebanyakan perbelanjaan anak-anak pun Lynda beli. Mohon peruntukan je. So, kalau ada resit. At least boleh minta peruntukan tambahan bulan akan datang bagi barangan yang sama kan. Kalau lebih peruntukan boleh simpan. Jangan ngelat yang ini. 

Kebiasaan yang selalu kita buat ni pun sebenarnya dalam masa yang sama memudahkan kita. Dalam menjaga kebersihan pun. Buang je apa nak dalam handbag dulu. Balik rumah baru bersihkan apa yang patut. Mungkin resit yang ada tu ada cabutan bertuah kan..Manalah tau..

Rasanya, kebanyakan wanita begini. Dan rasanya korang setuju kan dengan sebab musabab ni. Wanita dilahirkan rumit. Tapi dalam rumit tu ada kesempurnaan yang tak didapat dilihat dengan mata kasar.. Saling melengkapi bak kata Encik Hubby..hehe..xoxo

Lynda Che Lah

You Might Also Like

10 Komen

  1. kdg2 penuh resit..kemas2 mn nk buang kn hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk je handbag dulu. tgk kemudian..hehe

      Delete
  2. sama lah, penuh resit dalam dompet, buang resit jer dompet kempis, rupenye duit tak dak pun, tebal sebab resit jer..huhu

    ReplyDelete
  3. setuju ehh...sy pun pengumpul resit juga hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg kumpul sebab nak redeem somethings kan..

      Delete
  4. hehehhe kadang mmg serabut tgh handbag yang penuh ngan resit kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam-macam jenis resit ada kak Azni kan..hehe

      Delete
  5. kalau ibu bisnes mesti kena simpan resit

    ReplyDelete
  6. kite pun pengumpul resit..bkn sbb hobi or nak kira ke ape lepas tu..tp sbb nak tgk blk kot nak claim (biasa klu org kirim) or ade brg yg nak tukar / warraty seminggu kalau rosak.. lepas seminggu konon nak buang tp last2 jd sebulan dua dlm wallet tu..last2 wallet kembung dengan segala tok nenek resit..hahah

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram Lynda Che Lah

KBBA 9

Followers

Google+ Followers

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pandangan dan pendapat adalah pandangan peribadi penulis. Sebarang maklumat yang dikongsikan hanya bertujuan untuk perkongsian.

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap kesilapan atau ketinggalan maklumat di dalam blog ini. Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kemalangan atau kerosakan kerana maklumat yang disediakan.

Sebarang perkongsian gambar atau artikel perlu mendapat kebenaran penulis secara bertulis. Komen yang dipaparkan adalah atas persetujuan penulis. Penulis berhak memadam atau mengedit sebarang komen tanpa sebarang notis.

Terima kasih untuk sokongan anda.