14 June 2018

McDonald's® Malaysia Kembali Dengan Burger Rio dan Aiskrim Durian D24 Sempena Piala Dunia 2018

Assalamualaikum..

Sempena Kempen Discover The World oleh McDonald's® Malaysia membawakan Burger Rio dan Aiskrim Durian D24 yang menjadi kehangatan musim lalu. Burger Rio sebelum ini dibawakan sempena Olimpik Rio 2016 kini dapat dinikmati di musim Piala Dunia Russia 2018 dengan tambahan pilihan daging ayam.

Untuk tempoh terhad, Burger Rio dihidang bersama sayur-sayuran, keju cheddar, sos istimewa Rio dan juga ban istimewa yang ditabur dengan bijan hitam dan putih. Boleh didapati mulai hari ini, set Burger Rio bersama kentang goreng dan pilihan minuman sama ada Coke McFreeze atau Fanta McFreeze boleh dinikmati dengan harga bermula dari RM14.95 untuk satu set hidangan.

Selain itu, berita baik untuk peminat bola sepak yang ingin menonton siaran perlawanan pada lewat malam, McDonald's® Malaysia sebagai penaja Piala Dunia FIFA 2018 turut menawarkan kentang goreng dengan saiz hidangan yang lebih besar untuk dikongsi bersama – dikenali sebagai World Cup Mega Fries. Sesuai dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga semasa menonton perlawanan bola sepak, World Cup Mega Fries ini pastinya akan membawa keseronokan berganda!

Aiskrim Durian D24 Kembali!
D24 Durian McFlurry juga bakal kembali setelah menerima maklumbalas yang cukup menggalakkan dari rakyat Malaysia sejak ia mula diperkenalkan tahun lalu. Menu ini merupakan kegemaran para pelanggan sama ada mereka yang sememangnya menggemari durian ataupun tidak, dimana ia habis dijual dalam tempoh seminggu selepas diperkenalkan! D24 Durian McFlurry boleh didapati dengan harga RM8.99.
 
Selain D24 Durian McFlurry, McDonald's® Malaysia turut memperkenalkan Black Forest McFlurry Party. Pada harga RM10.95, Black Forest McFlurry Party baharu ini akan menjadi menu tetap dan boleh didapati di kaunter hadapan, pandu-lalu, perkhidmatan McDelivery dan di semua kaunter dan kiosk McDonald’s Dessert.

Selain McFlurry, McDonald's® Malaysia turut memperkenalkan 2 menu perkongsian untuk dinikmati oleh peminat bola sepak semasa menonton perlawanan. World Cup FAN Bundle boleh didapati dalam dua saiz yang terdiri daripada kentang goreng, Ayam Goreng McD dan Chicken McNugget.

FAN Bundle A terdiri daripada 5 ketul Ayam Goreng McD, 9 ketul Chicken McNuggets dan satu Mega Fries yang boleh didapati dengan harga RM35.00. FAN Bundle B pula terdiri daripada 9 ketul Ayam Goreng McD, 20 ketul Chicken McNuggets dan 2 Mega Fries yang boleh didapati dengan harga RM59.95. Kedua-dua FAN Bundle ini boleh dinikmati sama ada di restoran, dibungkus untuk dinikmati di rumah ataupun menerusi perkhidmatan McDelivery. 

“Kami yakin senarai menu yang ditawarkan semasa kempen ‘Discover the World’ ini bakal memberi kepuasan kepada semua pelanggan kami, sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Selain dari menyediakan makanan yang enak, McDonald's® Malaysia juga amat komited untuk menyediakan persekitaran moden dan kondusif bagi membolehkan rakan-rakan dan keluarga berkumpul untuk meraikan dan mencipta kenangan indah bersama”
Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's® Malaysia, Melati Abdul Hai
 
Para pelanggan dijamin dapat merasai kemeriahan demam Piala Dunia di rangkaian restoran McDonald's® Malaysia memandangkan kesemua 64 perlawanan akan disiarkan secara langsung mulai 14 Jun hingga 15 Julai 2018. Aktiviti menarik lain yang turut diadakan di McDonald's® Malaysia sempena kemeriahan Piala Dunia FIFA ini termasuklah pemberian hidangan percuma kentang goreng bersaiz kecil setiap kali gol pertama dijaringkan untuk setiap perlawanan. Selain itu, pelanggan juga boleh menebus minuman Coke bersaiz sederhana menerusi aplikasi McDonald’s.

Lynda Che Lah



No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram