30 June 2018

Resepi Mudah Puding Roti

Assalamualaikum...

Lynda nak share 1 resepi mudah buat puding roti. Tapi sayangnya masa masak tak ambil gambar sangat. Tapi Alhamdulillah, hasilnya memuaskan hati. Tak tahu kan nak bawa apa untuk potluck ofis ke, pergi berkelah ke. Senang je cuba buat Puding Roti Berkuah Kastard. Lynda masak awal pagi dalam pukul 6 pagi  macam tu. Siap bakar semua dalam pukul 7. So, pada Lynda yang tak pandai baking ni kira mudahlah.

Bahan-Bahan

Untuk Puding
4 biji telur
2-3 cawan susu segar
4 sudu besar gula
1 sudu besar esen vanila
8-10 keping roti
Sedikit ceri merah, hijau atau kismis dan coklat chip untuk hiasan

Untuk Sos Kastard
2 tin susu cair
4 sudu gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard

Cara membuat :
Untuk puding, pukul telur, gula, susu dan esen vanila sehingga sebati. Carik dan susun roti dalam bekas aluminium. Curahkan campuran susu tadi ke dalam roti dan rendam seketika. Untuk buat roti menyerap adunan dan kembang. Tabur hiasan pilihan. Bakar pada suhu 200 darjah C selama 25-30 minit.

Untuk sos kastard, campurkan semua bahan dan panaskan di atas api sederhana. Panaskan sehingga sedikit pekat. Bergantung kepada kepekatan yang anda mahukan. Tapi pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan berketul atau terlalu likat. Tidak perlu sehingga mendidih. Tapiskan adunan dan sedia dihidang.

Kalau nak sedap boleh je letak dalam peti sejuk dulu. Tapi sedap juga makan panas-panas. Dah bawa ke ofis, Alhamdulillah sedap kata ofismate. Bolehlah cuba untuk minum petang atau dihidangkan kepada tetamu. xoxo

Lynda Che Lah


No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram