Salam u'olls..
Sejak akhir-akhir ini banyak kita dgr gejala tidak sihat yang berlaku di kalangan anak-anak sekarang..Risau sy memikirkan bagaimana mahu mendidik Qoid menempuhi kehidupan realiti yang serba mencabar ini.. Bersepah di shopping complex anak-anak muda yang mungkin baru berusia belasan tahun bercampur gaul lelaki dan perempuan..pakaiannya..Kadang-kadang sy terfikir..apakah peranan ibu dan ayah anak-anak ini dalam menentukan dengan siapa mereka berkawan dan pakaian apa yang mereka pakai..Kalau nasi sudah menjadi bubur kan x ada gunanya..Gusar hati sy..
![]() | ||
sedih sy tgk anak-anak ini (sumber : google pics) |
Sebenarnya ibu ayahlah yang mencorak anak ini..Jika anak-anak ini mengikut tindak tanduk teman-teman bermakna ibu ayah telah tewas kepada teman jahanam ini..Dunia semakin maju dan pelbagai kemudahan dapat diperolehi dalam sekelip mata..Cuma doa sy..janganlah perkara begini berlaku kepada anak-anak sy dan anak-anak insan yang sy kenali dan sayangi..
Di sini sy ingin berkongsi sedikit doa yang dapat membantu kita dalam mendidik dan melembutkan hati anak-anak..Semoga anak-anak kita beroleh Rahmat dan Hidayah Allah..
(Ayat 200 daripada Surah Al Imran)
Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Ayat ini bolehlah dibaca sewaktu memasak atau menyediakan makanan dan minuman dan dihembuskan kepada makanan atau minuman tersebut untuk melembutkan hati anak.
Ayat 30-31 Surah AnNaml
Ayat ini mestilah dibaca dan dihembuskan ke muka seseorang itu secara berdepan. Ini untuk mengatasi anak-anak tidak mendengar kata, tidak menghormati ibu ayah dan sebagainya.
Surah Al-Baqarah Ayat 74
Ayat ini boleh dibacakan dan dihembus ke dalam minuman dan diberi minum kepada anak untuk melembutkan hatinya.. Insya Allah dengan kehendak Allah semoga usaha kita mendapat keberkatan..
terima kasih : sumber jalankulalui.blogspot.com
Sy cuba mempraktikkan ini selain mengurangkan makan di luar..Encik hubby menggalakkan sy memasak untuk beliau dan Qoid. Selain menjamin kebersihan..orang kata air tangan isteri dan ibu itu lebih byk fadhilatnya...hehe..Betapa hebatnya menjadi isteri dan ibu ini kan..Insya Allah..selagi terdaya..sy akan usahakan..xoxo

0 Comments:
Post a comment
~Dah Baca Tak Mahu Komen?~