Assalamualaikum u'olls..
Tajuk mcm sy pulak yang buat apam tu..Actually, br nak try buat..nak buat untuk Birthday Qoid..Memandangkan dia suka makan, apa salahnya ibu cuba buat kan..
![]() |
Gambar ihsan Google :) |
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
- 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar@susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
- pewarna
- masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
- masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
- picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
- letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
- picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
- last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
sumber:myresepi.com
Cantik menarik kan..Klu kreatif bolehlah buat rupa angry bird dan lady bird tu...huhu..bila mau try ni..Insya Allah dah menjadi nanti sy post hasilnya..Yang bestnye..belum apa-apa dah ade org tanya nak buat doorgift majlis kahwin dia..siapa tu..hehe..Insya Allah..Rezeki jangan ditolak :) xoxo
NolynQoid
0 Comments:
Post a comment
~Dah Baca Tak Mahu Komen?~