
15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
Kesilapan pertama: Kurang berdoa
♥ Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
♥ Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
Kesilapan 2
Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib
(didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah,
menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit
bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur. - kdg-kdg mmg takutkan Qoid dgn lipaslah..cicak lah..terutama bila taknak pakai pampers :P so..kena elakkan dia takut dengan semua tu..
Kesilapan 3
Kesilapan 3
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak
menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak
kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka - at least bila balik keje pastikan main dgn dia any games..encik hubby balik kelas mmg akan layan dia main apa saje..kena lanyak..kena gumpal..semuanya...hehe
Kesilapan 4
Kesilapan 4
Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan
kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. - ok..not good..sy pernah dgr orang umah bawah ajar anak dia buat homework..dan dgr makian such as `oit..takde otak ke!' so far klu sy marah sgt pun..bebel je lah..lumrah ibu kot
Kesilapan 5
Kesilapan 5
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani
(physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang
lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani - Insya Allah akan diseimbangkan
Kesilapan 6
Kesilapan 6
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium
mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW
mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin
Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya
Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah
mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra'
kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan
dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) - sentiasa peluk dan cium Qoid..dan dia juga akan peluk Ibu dan Ayah
Kesilapan 7
Kesilapan 7
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh
atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya. -
Kesilapan 8
Kesilapan 8
Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan
anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan
selekeh. - ini nice..sbb klu kami kemas umah..Qoid akan tanya..ada org nak dtg ke..ekeke..mcm satu rutin pulak..ahaha
Kesilapan 9
Kesilapan 9
Kurang menghidupkan sunnah
di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama,
dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan
yang lebih baik dari salam yang diberi. - Alhamdulillah teratur dan akan terus..Insya Allah..Qoid pun jwb salam even Ibu yang bagi ms buka pintu umah
Kesilapan 10
Kesilapan 10
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh
anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu
sunnah. - Rotan mmg ada dan memang berada di tempat yang boleh dilihat..Qoid pun tau..dan dia paham fungsinya..
Kesilapan 11
Kesilapan 11
Kurang mendedahkan anak-anak
dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang
berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan
dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan akhlak Islam. - Qoid setakat ni didedahkan..Insya Allah
Kesilapan 12
Kesilapan 12
Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa
tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
Kesilapan 13
Kesilapan 13
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya
masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun
sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik
kepada anak-anak yang masih membesar.
Kesilapan 14
Kesilapan 14
Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada
dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana
kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik
seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak
menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. - Ini amat penting..Kami pernah biarkan Qoid tgk Boboiboy dan tingkahlaku dia berubah lepas tgk siri tu..Hasil pemerhatian dan pengawasan mmg siri tu tak elok utk perkembangan minda dan sahsiah..So..Ibu Ayah akan tukar siaran klu siri sebegitu disiarkan..Penting sgt pantau apa yang anak tgk sbb TV mmg byk mempengaruhi anak.
Kesilapan 15
Kesilapan 15
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah
untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di
akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu
kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan
didikan Islam. - kami tak perlukan pembantu rumah..Insya Allah..sampai bila-bila...
terima kasih sumber : Darulharis
terima kasih sumber : Darulharis
Ya Allah..Kau jadikanlah anak ini anak yang sentiasa mendapat keredhaanMu..RahmatMu dan Kasih SayangMu..Kau lindungilah dia dr segala masalah duniawi dan semoga anak ini menjadi salah satu pemimpin yang tinggi lagi mulia dalam rumahtangganya..dalam agamaMu..Amin.xoxo
NolynQoid
kdg2 takut kan kalau x dpt jadi ibu bapa yg baik pd anak2. tggjwb tu sgt besar
ReplyDeletesaya plg risau kalau sy bukanlah ibu yg beul mendidik anak sy... budak² ni jiwa mudah memberontak..
ReplyDeleteSue...amanah Allah dan tanggungjawab besar..Semoga kita mampu jadi Ibu Ayah yang baik dan cemerlang..
ReplyDeleteMasya - semoga anak2 kita jadi terbaik sbgaimana baiknya didikan kita...Insya Allah..Sama-sama cemerlang...
terima kasih sharing sis..
ReplyDeletemost welcome :)
ReplyDelete