Assalamualaikum..
Sebelum share berita ini..hati sy berbelah bagi..Terlalu berbelah bagi..Dan akhirnya terjadi juga sesuatu yang sy dah jangka akan jadi..
Malam selepas post itu, sy cakap ngan encik hubby..sy tak sedap hati dan tak rasa agak gembira utk share berita gembira tu di sini dan di FB..sbb pandangan orang adalah berbeza..Dan kdg2..kegembiraan sy mungkin bukan kegembiraan utk mereka-mereka yang lain..
Maafkan sy kerana kuasa Allah menandingi segala-galanya..Maafkan juga khilaf sy jika ada ayat-ayat penulisan sy yang menyentuh hati kecil wanita-wanita di luar sana..Siapalah sy dan ilmu sy yang cetek ini jika mahu dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Hebat itu..Sekali lagi..personally..Sorry to my dear gf..Ayu..Penulisan sy menguris hatinya..maafkan sy..
Utk teman-teman TTC yang masih mencuba..jgn berhenti mencuba..Janji Allah itu pasti..Sy tidak hebat tapi ini janji Allah utk sy..Lain pula untuk anda..Payahnya sy nak menulis hal ni..amat payah tapi sy tiada daya utk menjaga hati semua orang..Mungkin perasaan orang yang membaca penulisan sy bercampur baur..sy tidak pasti...Payahnya utk mengetahui gelojak hati semua..
Terima kasih pada doa-doa kalian di FB dan di sini..Sy juga doakan yang terbaik utk kalian..Maafkan sy sekali lagi..Maafkan khilaf sy..Sesungguhnya..mungkin ini petunjuk..petunjuk utk apa..sy sendiri tak pasti..xoxo
NolynQoid :(
eka pun perasan komen yg akak ckp ni. Yelah, kekadang kita rasa macam okey, biasa2 je. Tapi pandangan orang.
ReplyDeleteEka penah jadi tau, eka penah share pasal adik eka pregnant. Tapi share yang biasa2 je la. Macam gurauan. Ketawa2. Rupa2nya ada yang memandang. Dia belum penah mengandung lagi, walaupun dah lama khwin. Pastu dia punya marah la kat adik eka. Tetiba je. huhuhu.
Masa tu, eka terkejut sangat.
tapi lama2, dia okey.
Eka, tak sengaja mungkin terover xcited..pandangan org lain kan..harap2..penulisan lepas ni takkan dipandang lain..
Deletehati kalau redha... tidak ada masalahNYA.
ReplyDeletesahabat yg baik adalah gembira melihat sahabatnya bahagia. tumpang gembira bila sahabat khabarkan berita2 gembira. bebas dari jeles, dengki atau sebagainya. tida ada makna terluka melihat kawan bahagia.
akak bahagia dgn perkhabaran gembira mu. jeles?! tida sekali!
semoga dipermudahkan sayangku...
kak Ina..terima kasih..hanya utk ni..terima kasih
Deletepayah nak puaskan hati semua pihak, tambah2 dekat FB.. ada saja yg tak kena.
ReplyDeleteSo.. kalau penulisan di blog ni, saya rasa ok je. blog kita.. suka hati la kita nak tulis apa. cuma jgn cerca maki org ja. Sabar je la.. MMg perit bg yang tak merasa.. tetapi bukan bermakna boleh bermasam muka. Kita bahagia bila org lain bahagia.
Shida..setakat ni takdelah post menyakitkan hati..cuma bila nak berkongsi tu terfikir byk benda pula..ada org suka tak?ada org kecik hati ke?ada ke itu..ada ke ini..tp klu dok asyik fikir pun tak sudah juga kan .....
DeleteTahniah Lynda dan suami. Rezeki setiap orang berbeza2, tak sama. Jaga diri dan baby baik2, jgn stress2. ;-)
ReplyDeleteterima kasih kak Bahiyah :)
Delete