Assalamualaikum..
Baru bersiaran sebab seminggu ni anak bertuah Qoid Rafif tak sihat..Batuk, demam, selsema dan Ibu kena amik cuti dok berkurung dalam rumah..Alhamdulillah hari ni dah sihat dan dah ikut Tok Ayah dan Onny jalan-jalan..Kebetulan Onny n Tok Ayah beraya kat kampung sbb Tok Ayah masuk korban kat sana..Kali ni giliran encik hubby so..beraya kat Klang je lah..
Pagi raya masakkan MIL masak lodeh, kuah kacang ngan sambal udang..Then beraya ke umah nenek..Habis 1 hari raya dok lepak je..tak kemana pun..MIL pun tak masuk korban memana tahun ni..Takdelah kami pergi menengok lembu korban..tambahan pula cuaca tak sihat..Qoid pun tak sihat..Ibu mengandung apatah lagi..
Sepanjang tak ke opis mcm-mcm hal..tapi sy tertarik nak kongsi sesuatu dari kak Neena :
`Rezeki
itu bukan di tangan manusia tetapi rezeki itu datangnya dari Allah!
kalau kite rasa takot pada manusia dgn beranggapan yg rezeki kite akan
terjejas hanya kerana menegakkan kebenaran... maka kite boleh jatoh
Syirik kerana secara tidak sedar yg kite telah percaya pada kekuasan
manusia dlm memberi rezeki dan bukan nya percaya pada kuasa Allah!
betul tuh...rezeki ditentukan Allah buka manusia..
ReplyDeleteitula..sy tak takut kalau sy benar!
Delete