Assalamualaikum..
Hari ni 1 Rejab..Disunatkan berpuasa..Sebab Rejab adalah antara 4 bulan haram yang dimuliakan di sisi Allah firman Allah SWT dalam:
Surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud,
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas
bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan
langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati).
Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah
kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan
melanggar laranganNya)...."
Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw
bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta
langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada
empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut:
Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan
Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan
Muslim).
Cuma terdapat juga percanggahan hadis palsu yang sering disebarkan oleh masyarakat Islam Malaysia..Rejab bulan yang mulia..sebagaimana bulan-bulan yang lain..Antara hadis palsu yang sering disebarkan..
i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan
kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
Laporan ini palsu kerana ia
direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai
seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak
al-Saqati.
ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan
bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor
hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu
Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini
juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.
iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran
atas segala zikir.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang
pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong
iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan
untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari
ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah
membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan
Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang
ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang
berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar
dengan hisab yang mudah.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh
seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang
pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang
menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab
juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin
'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.
v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian
selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam,
setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah
al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana
ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis
sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan
palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang
sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan
Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu
tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash.
Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.
vii. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang
dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi
'Iyash.
Sumber : E-Fatwa (Portal Rasmi Fatwa Malaysia)
Sedikit perkongsian sebab dalam zaman sekarang pelbagai bentuk fitnah Dajjal boleh berlaku..Mudahnya melalui media sosial..Jangan share kalau tak pasti kesahihannya..
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah
seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala
berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih
direkod oleh Imam Muslim).
Eloklah kita dapat berpuasa..Selain menggantikan puasa bagi mereka yang tertinggal tahun sebelum ni..dapat juga ganjaran berpuasa sunat Isnin.. Selain itu sebagai persediaan untuk menghadapi Ramadhan yang bakal muncul dalam kurang 60 hari..Semoga berkesempatan lah kan bertemu Ramadhan kali ni..Buatlah sesuatu dengan keikhlasan untuk mendapat keredhaan Ilahi..
Yang buruk dan Khilaf dari saya..Yang baik dan bermanfaat itu dr Allah jua..xoxo
Lynda Che Lah
Slmt mnyambut 1 rejab..smga Allah izinkn kita btemu syaaban dan ramadhan..insya Allah
ReplyDelete