Review ~ Bercuti di The Royale Bintang Seremban

Assalamualaikum..

Ni pegi cuti kat Seremban masa cuti Deepavali rasanya. Kebetulan cuti sambung tapi malas nak jalan jauh. Tgk Kak Yati share gambar kolam cantik kat IG, terus DM Kak Yati. Sekali dia bagitau, kolam cantik tu kat Seremban je. Terus masuk web hotel The Royale Bintang dan book thru web je. Harga thru web hotel memang berbaloi nak banding dengan harga  Booking.com.

THE ROYALE BINTANG SEREMBAN
Kitorg bertolak dalam tengah hari. Dekat je kot Seremban kan. Betul-betul dekat tgh bandar Seremban. Tapi masa sampai Seremban, hujan. Punah harapan anak-anak nak mandi pool. Masuk bilik dulu rehat, nanti petang ada rezeki boleh mandi kolam.Semua bilik hadap pool.. itu yang best!
Hotel ni memang di lokasi strategik. Dekat tengah bandar Seremban. Atas bukit. So berangin je. Memang sesuai nak release tension dekat-dekat je. Segala shopping mall kat Seremban pun walking distance. Atau naik kereta pun pusing situ je.

Harga pun ok kan. Buffet breakfast puas hati. Walau hampir pukul 10 pagi pun makanan masih topup.
Kami makan tepi kolam sambil anak-anak sambung mandi.

 
 
 
Kalau setakat nak bawa anak mandi-manda pool cantik dan dekat untuk orang area Selangor ni, boleh pegi Royale Bintang Seremban. Cuma tu lah, bilik kalau connecting memang boleh dengar la jiran sebelah `borak' tgh malam. Bilik ok. Bathroom ada jacuzi. Bebudak sambung mandi dalam bilik mandi. Overall, The Royale Bintang Seremban best! xoxo

Lynda Che Lah

Post a comment

4 Comments

  1. Kena try kek dia. Diorang ada pastry chef yang marveles...heh eh e

    ReplyDelete
    Replies
    1. oghang soromban komen ni.
      insha Allah mesti pegi lagi ni kak
      pool dia best

      Delete
  2. http://getloansusapersonal.com/ - loan online
    online loan
    payday loans no credit check

    ReplyDelete
  3. Bestnya pool! Tak da pi jalan mana mana ke kat seremban? Saya ada share tempat best tau kat seremban boleh bawak family jalan jalan. Link kat bawah ni tau

    https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-seremban/

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~