Assalamualaikum..
Mood cuti-cuti kadang datang bila kita
banyak kerja kat ofis, serabut dengan masa yang macam tak cukup. Kan? Tapi nak
pergi bercuti pun kadang terhalang dengan kekangan masa lepas tu cuti takde. So
kalau boleh, kita cuba pergi tempat yang dekat tapi menarik. Antara tempat yang
nak sangat pergi ialah Ipoh! Kenapa Ipoh? Sebab Ipoh mali talak sombong maaa..
Apa benda yang awesome di Ipoh? Sudah semestinya
Bandar Ipoh antara destinasi percutian yang sangat Ohsem untuk dilawati di
Negeri Perak walaupun kunjungan korang sekadar short trips! Banyak tempat
menarik nak dilawati di Ipoh antaranya pelbagai muzium, taman tema air dan
taman tema permainan terbaru yang mmg hipster. Lagipun Ipoh dah jadi antara
bandar Hipster sebab banyak kafe hipster di Ipoh.
Bandar Ipoh juga penuh dengan pelbagai karya seni hasil daripada air tangan
penduduk setempat sangat kreatif sesuai dengan gelaran Ipoh bandar
Hipster. What's Awesome In Ipoh! Bandar Ipoh sememangnya sangat awesome untuk
diterokai penuh dengan pelbagai tarikan untuk dilawati pasti menjanjikan
pengalaman bercuti yang cukup menarik, bandar yang dikelilingi gunung-ganang
batu kapur yang cukup mempesonakan Ipoh ternyata sebuah bandar lama yang cukup
nostalgia dan bersejarah untuk dilawati.
Tapi kalau boleh sampai Ipoh tu, kita
mesti kena bermalam. Dapat semalam pun jadilah kan. So kalau Lynda pergi Ipoh,
Lynda pilih nak menginap di Heritage Hotel. Hanya memakan masa 10
minit perjalanan ke tol lebuh raya utara selatan (PLUS). Hotel ini juga
berdekatan dengan Kelab Golf Royal.
Heritage Hotel ni ada 3 jenis bilik
iaitu bilik executives, bilik deluxe dan bilik superior.
Kalau Lynda nak pilih bilik
executive, bilik yang sangat selesa. Maklumlah anak dah bujang. Semua nak tidur
sendiri. Ruangnya yang kondusif. Susunan yang teratur dan yang paling
penting sangat selesa. Anda boleh pilih bilik yang anda mahu bersesuaian dengan
bajet dan keperluan anda. Lagi mahal, lagi selesa bilik anda. Sekali sekala nak
tenangkan fikiran mungkin boleh.
Setiap bilik dilengkapi dengan mini
bar so anda juga boleh mendapatkan makanan dan minuman yang tersedia di sini.
Tak perlu keluar cari kedai makan jika perut anda lapar. Heritage Hotel
dilengkapi dengan Wifi, TV yang besar dan saluran rangkaian Astro. So sambil
anda bercuti, mungkin anda masih boleh menonton cerita kegemaran anda. Seronok
bukan? Untuk kemudahan di bilik air pula, semua tersedia seperti pemanas air,
sabun, shampoo , tuala. Kira lengkaplah semua.
Sekarang kan macam mudah kalau buat
majlis perkahwinan di hotel kan. Heritage Hotel boleh memuatkan 500 orang di
dewan ini pada satu masa. Apa kata pilih hotel ini untuk
meraikan hari bahagia anda. Atau untuk apa-apa event macam sambutan hari jadi
ke, gathering dan reunion ke kan. Jangan risau, dewan hotel ini sangat menarik
dan selesa. Heritage Hotel boleh hiaskan cantik-cantik ikut kehendak dan tema
anda.
So, lepas dah berehat dengan selesa dengan hotel
pilihan ini, baru boleh ronda Ipoh. Apa Awesome kat Ipoh? Boleh pegi Padang
Polo, makan Nasi Ganja, tgk Stesen KTM Ipoh yang cantik macam Taj Mahal, tgk
mural cantik macam kat Art of Oldtown. Ni macam kat street art Georgetown tu.
Lepas tu boleh pergi Gua Tempurung. Nak mandi manda boleh pergi Lost World of
Tambun. Yang terbaharu, Movie Animation Theme Park. Ni bebudak sukalah kan.
Kalau ikut banyak sgt tempat menarik nak dilawati di Ipoh. Kafe Hipster dengan
deko menarik pun banyak sgt. Full lah IG story anda kalau datang Ipoh. Eh tak
sabar pula nak pergi Ipoh.
Kalau nak seronok, ajak famili sekali.
Nak mudah kita cari hotel guna aplikasi di telefon dan laptop. Taip je find heritage hotel ipoh at the cheap price, pilih bilik yang best dan enjoy ronda Ipoh! Taksabar nak pegi Ipoh
lah macam ni..Jom!
Lynda Che Lah
5 Comments
bestnya IPOH. hehheh harap bulan 9 nanti leh smpai sana. errr sana panas tak ?
ReplyDeleteIpoh panas.
DeleteTapi kalau tgk tempat best hilang panas kot.
hahah
Waa jalan2 Ipoh .. bestnya.
ReplyDeletewelcome to Ipoh.. hehehe... datang Ipoh boleh la kite jumpa
ReplyDeleteBestnya ipoh! saya ke ipoh setahun dua kali je itu pun time nak balik penang singgah kejap hehe. Tapi banyak lg la sebenanye tempat best kat ipoh, ni saya share ada satu blog yg saya baca banyak tempat menarik kat ipoh dia suggest tau :)
ReplyDeletehttps://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-ipoh/
~Dah Baca Tak Mahu Komen?~