Assalamualaikum..
Lynda suka sangat pergi Cherating dan suka
sangat ke The Legend Cherating. Tahun ini dah 3 kali kami ke The Legend. Nak
tahu apa yang seronok sangat ke The Legend ni? Jom baca:
1. Kolam Renang dan Pantai Cherating
Kolam renang di The Legend sangat menarik. Ada
3 kolam renang keseluruhannya. Ada kolam kanak-kanak, kolam renang biru and
kolam renang hijau. Kolam renang hijau tu hanya untuk yang berpakaian renang.
Pantai Cherating pula amat bersih. Di pantai ni macam-macam aktiviti boleh
dilakukan antaranya tempat pelepasan anak penyu, surfing dan aktiviti
air seperti sea rafting.
2. 205 Bilik Untuk Tetamu di The Legend
Deluxe Room dan Grand Deluxe Room berkeluasan
lebih kurang 43.57 meter persegi menawarkan pemandangan bilik melalui taman,
kolam renang atau laut. Semua bilik dilengkapi TV LCD, cerek elektrik,
seterika, peti ais mini, pancuran mandi air panas, kemudahan WIFI, pengering
rambut dan tuala. Sofa turut disediakan.
Junior Suite untuk mereka yang perlukan lebih privasi dan
ruang yang besar. Berukuran kira-kira 650 kaki persegi menawarkan tab
mandian yang besar, ruang makan dan katil bersaiz king.
Tapi ada lagi yang besar dan best di The
Legend ni. Penthouse! Penthouse terletak di tingkat paling atas dan
menghadap ke Laut China Selatan. Penthouse berkeluasan 1958 kaki persegi.
Selain bilik tidur utama yang mempunyai katil saiz king dan katil berkembar di
bilik tamu yang lebih kecil, terdapat dapur kecil lengkap dengan microwave,
plat panas dan ketuhar. Ruang tamu, ruang makan adalah berasingan beserta
balkoni lapang menghadap laut pastinya akan jadi pengalaman paling indah di
sini.
3. Aktiviti menarik di The Legend
Terdapat pelbagai aktiviti menarik di The
Legend. Anda boleh hubungi pihak hotel untuk membuat tempahan dan mendapat
maklumat lanjut. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah:
1. Firefly Tour
2. Telematch
3. Demo Muck Dive Scuba
4. Cara² membuat keropok lekor di Kedai
Keropok Lekor Intan
5. Melawat Pusat Penerangan dan Santuari Penyu
6. Mangrove River Cruise
7. Aktiviti lepaskan anak penyu ke laut
8. Pet Farm
9. Aktiviti kecergasan
10. BBQ Dinner
11. Sea Rafting
4. Sunset and Sunrise Watching
Yang indah mesti yang akan
dikenangkan. Di The Legend, anda berpeluang menyaksikan matahari terbit dan
terbenam jika cuaca baik. Dan pemandangan indah ini pasti akan membuatkan anda
akan terus jatuh cinta lagi dan lagi dengan Cherating dan The Legend.
Kredit
gambar : Blogger KBBA9, The Legend, Own
Selalunya Lynda booking thru Booking.com. Tapi ok je kalau anda nak buat tempahan terus ke The Legend. Selamat bercuti! Info seperti di bawah:
Website:
www.legendresort.com.my
Facebook:
The Legend Resort Cherating
Instagram:
@legendresort.cherating
Contact
Person: Encik Meor (013-3319822)
dos@legendresort.com.my
/ dos.legend@gmail.com
Alamat
resort:
The
Legend Cherating Beach Resort
Lot
1290, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur
1 Comments
Dapat menginap satu malam di Penthouse tu memang bestlah. Bilik giler cantik!
ReplyDelete~Dah Baca Tak Mahu Komen?~