Assalamualaikum..
Kadang-kadang nak makan makanan western ni kena tunggu malam kan. Sebab kebanyakan restoran yang buka waktu siang ni menghidangkan hidangan utama berupa nasi dan lauk pauk. Budaya makanan Malaysia kan. Tapi semalam kan, Lynda lunch dengan makanan western. Dan korang boleh nak brunch juga dengan western food juga. Yang menarik juga, cheese dia melimpah ruah siap boleh order extra lagi.
Semalam Lynda dan Team KBBA9 berpeluang merasa sendiri hidangan viral dan melimpah ruah cheese. Bagi peminat cheese korang boleh singgah ke Restoran Cheese Banjir di G-Village, Desa Pandan. Cuma waze dan korang akan nampak restoran ni sebelah depan. Mudah sebab parking kat depan dah boleh masuk restoran.
MENU DAN PILIHAN HIDANGAN ASIA/WESTERN
Kat sini, korang boleh pilih nak makan makanan Melayu ke atau Barat..Sebab dorang ada dua-dua jenis hidangan. Tekak rasa nak makan asam pedas ada, kari ada. Spageti ada. Insha Allah korang akan berfikir lama nak pilih makanan korang sebab semua korang rasa nak..hehe.. Konsep restoran simple dan relax. Harga berbaloi. Masa memula tengok harga macam erk.. tapi bila hidangan sampai, ok memang berbaloi dengan harga. Tidak mahalnya. Korang akan puas hati. Saiz hidangan agak besar so sila pastikan perut kosong masa datang..
SEDAP DI MATA, SEDAP DI MULUT
Hidangan kena nampak cantik kan. Baru kita ada rasa nak makan dan cuba kan. Meh Lynda tunjuk hidangan yang dihidangkan pada kami semalam..Kami dihidangkan dengan air tembikai yang sedap. Tembikai ni lain sikit sebab ditambah dengan sedikit susu cair untuk rasa lemak manis. Unik.
Ni makanan Asia. Sesiapa yang taknak makan makanan barat, boleh pilih set makanan asam pedas ikan tenggiri. Nama semua makanan pun unik. So korang boleh datang dan cuba. Asam pedas ni umpphh.. Rasa cukup, cili masak dengan betul, tidak terlalu masam, ikan segar dan cantik. Pedas tu menyengat tapi taknak berhenti makan. Tambah pula sambal belacan dan kicap, bertambah. Nasib je lah semalam ramai geng..so kita tengok je la kepala ikan tu berenang-renang..hahaha..
Udang Gorgon Butter. Makan dengan kulit terus. Kepala pun boleh kunyah. Udang fresh dan harga untuk sepinggan ni mesti korang tak percaya. Lepas makan ni pun, Lynda tapau bawa balik untuk famili. Sebab tak puas ratah macam tu. Udang ni pun tidak berminyak dan ranggup. Nak bagi anak makan udang, boleh cuba makan kat sini. Mesti dorang suka.
Lamb Grill. Cheese Banjir ni. Memang banjir. Dan kalau nak tahu, makan cheese kat sini tak rasa muak. Sangat ringan rasa cheese tu. Aroma cheese tu pun tak menusuk hidung. Tu sebab dalam menu ada part untuk korang request extra banjir tau. Berbaloi.
ISTIMEWA SETIAP BULAN DI CHEESE BANJIR
Bulan November ni Cheese Banjir menawarkan Meatball Naga Berapi. Meatball ni boleh makan 4-5 orang tengok saiz korang lah. Kalau memang boleh makan banyak, bolehlah kongsi ramai-ramai.. Konsep Cheese Banjir setiap bulan akan perkenalkan menu yang akan menjadi daya tarikan dorang. Dalam Meatball Cheese Banjir ni ada hidden treasure tau..hahaha. Ada elemen kejutan kat sini.
SAMBUT HARIJADI DENGAN MAKAN PERCUMA DI CHEESE BANJIR
Kalau ada plan nak sambut hari jadi dan taktau ke mana, boleh singgah sini. Untuk Birthday Boy/Girl boleh pilih senarai hidangan yang khas untuk korang. Pastikan korang datang pada hari jadi korang, tunjuk IC dan boleh makan secara percuma. Dan hidangan khas tu dilengkapi dengan air tembikai yang sedap tu. Boleh ajak ramai-ramai sambut sekali.
Terima kasih Encik Mamu dan partner dengan layanan yang diberikan. Makanan semua sedap dan berbaloi. Lepas ni boleh datang lagi bawa famili pula. Mama dah try makan Udang Gorgon semalam. Kira berjayalah nak ajak ke Cheese Banjir nanti.
Restoran Cheese Banjir
Alamat : Lot G10, G-Village, Jalan 1/76D, Desa Pandan, 55100 W.P Kuala Lumpur
FB : www.facebook.com/CheeseBanjirRestaurant/
Waze : Cheese Banjir
Telefon : 017-252 0031
Waktu Operasi : Setiap Hari (10.30 pagi - 10.30 malam)
Lynda Che Lah
Sha dah try... Boleh tahan rasanya... Hihihi
ReplyDeletetgk tekak masing-masing juga kan
DeleteSedapnyaaaaa!
ReplyDeletekannnn
DeletePerghhhh terliur. Ok nanti nk kena pergi laaaa
ReplyDeletememang kena pergi Kak She
DeleteFuhh meleleh cheese dia sama meleleh ailio sekrang ni haha
ReplyDeleteKena pergi la gitu Qaseh..hehe
DeleteNak kena pi try lah nanti
ReplyDeleteTry Kak Nani. Bawa kembar mesti dorang suka
DeleteTesting.
ReplyDeletemenu semua sedap2..
ReplyDeleteSemua best. Tambah lagi asam pedas tu
Deletebanyak makanan disajikan. hehehe
ReplyDeleteBoleh tahan.. dan tak boleh habis..ehhe
Deletesedapnyeee. jeledsd
ReplyDeleteRugi tak ikut :p
DeletePerghhhh memang betul² meleleh cheese dia, menarik!
ReplyDeletePuas makan kak Mas
DeleteTerbayang asam pedas dia... Sedapnyaaaa...
ReplyDeleteJom Firr
Deletenak makan lamb grill dia, hari tu makan tak puas. nak lagi dan lagi!
ReplyDeleteHari tu tak sempat rasa. Nak kena repeat ni
DeleteAsam pedas tu menggoda betul oii
ReplyDeleteTergoda Eyqa
Deletewahhh! sempat lynda menapau ya.. Tapi memang sedap kan..
ReplyDeleteItulah kak Tati..hihi
DeleteSos cheese nya memang sedap giler..!! Puashati laa... Sesuai ngan nama Restoran - Cheese Banjir
ReplyDeleteTerbaik!
Terbaikkkk
Deletesedapnyaaaa,boleh ajak family makan dekat sini.lagi ramai lagi best ni.
ReplyDeleteHaah.. the more the merrier..
Deletecheese dia memang bnjir..sedap betul tengoknya
ReplyDeleteTak rugi cuba..Puas hati
Delete