19 December 2017

2,000,000 Big Point ~ Kempen `AirAsia Open Doors'

Assalamualaikum..

16 PINTU RAHSIA SEMPENA ULANGTAHUN KE16
AirAsia menjemput para pengembara untuk mengikuti perjalanan unik menerusi pelancaran kempen #AirAsiaOpenDoors sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-16.

Bermula pada semalam sehingga 14 Januari 2018, AirAsia mencabar orang ramai untuk mencari 16 pintu tersembunyi di serata Malaysia, ambil gambar mereka bersama pintu-pintu tersebut, muat naik di Instagram beserta tanda pagar yang diberikan untuk mendapatkan mata, dan mereka berpeluang untuk memenangi lebih 2,000,000 Mata Ganjaran BIG!


 
MENCARI PEMENANG UTAMA
Para peserta juga boleh mengumpul lebih banyak mata menerusi aktiviti dalam talian lain seperti berkongsi, mengundi, dan mendapat undian untuk meningkatkan kedudukan. Pada akhir pertandingan selama 4 minggu ini, seramai 186 peserta teratas mempunyai peluang untuk memenangi Hadiah Utama iaitu 1,000,000 Mata Ganjaran BIG. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #AirAsiaOpenDoors ini, sila layari opendoors.airasia.com.

“Kami telah berkembang dengan pesat daripada mempunyai hanya dua pesawat sewaktu kami bermula dan kini mempunyai lebih daripada 200 pesawat yang telah menerbangkan lebih daripada 400 juta tetamu. Kami berbangga kerana telah membuka laluan ke lebih daripada 130 destinasi dengan rangkaian yang luas, termasuklah ke bandar-bandar yang belum diterokai namun menjadi destinasi impian ramai orang. Kini, semua orang boleh terbang terus ke permata tersembunyi Asean seperti Sihanoukville, Davao, Nha Trang, Luang Prabang, dan banyak lagi untuk menikmati pengembaraan yang tidak dapat dilupakan.”
Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad 



Kempen ini diinspirasikan oleh AirAsia sebagai syarikat penerbangan yang membuka pintu laluan kepada para pengembara selama lebih daripada satu dekad untuk menjelajahi pelbagai destinasi yang belum diterokai di rantau ini dan seterusnya menimba pengalaman yang luar biasa.

RAIKAN ULANGTAHUN AIRASIA BERSAMA UNIONPAY
Sempena meraikan ulang tahun ini, AirAsia bekerjasama dengan UnionPay sebagai rakan kongsi utama kempen ini. Mulai sekarang hingga 28 Februari 2018, pemegang kad UnionPay boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak 10 peratus untuk semua promosi dalam talian AirAsia melalui halaman eksklusif* untuk tempoh perjalanan daripada 3 Januari 2018 sehingga 30 Januari 2019, tertakluk kepada terma dan syarat. Rakan kongsi lain untuk kempen #AirAsiaOpenDoors juga termasuklah Program Kesetiaan AirAsia BIG, AirAsia Go, AirAsia RedTix, CarTrawler, travel3sixty, Tune Hotels, Tune Protect Travel AirAsia, dan Tune Talk.

INSURANS PERLINDUNGAN TUNE
Di samping itu, AirAsia telah melancarkan Insurans Perlindungan Perjalanan Tune - Pelan Tahunan AirAsia yang ditawarkan kepada tetamu yang kerap melancong. Dengan pelan tahunan ini, para tetamu boleh menikmati harga yang lebih rendah dengan liputan yang meluas untuk percutian tanpa kerisauan sepanjang tahun. Layari tuneprotect.com/airasia untuk maklumat lanjut.

Mengenai AirAsia
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dan terbesar di Asia, dengan rangkaian perkhidmatan yang paling meluas dengan lebih 130 destinasi. Sejak mula beroperasi pada tahun 2001, AirAsia telah membawa lebih 400 juta penumpang dan berkembang dari hanya dua pesawat kepada lebih 200. Kami amat berbangga menjadi Asean tulen (Association of Southeast Asian Nations) dengan operasi yang telah dilancarkan di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, India dan Jepun, serta merangkumi seluruh Asia, Australia, New Zealand dan Timur Tengah. AirAsia telah dianugerahkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dalam tinjauan tahunan syarikat penerbangan dunia oleh Skytrax selama sembilan tahun berturut-turut dari 2009 sehingga 2017. AirAsia juga telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia bagi lima tahun berturut-turut di World Travel Awards 2017, dan menerima anugerah pertama bagi Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia.

Untuk berita, aktiviti dan promosi mengenai AirAsia, sila ikuti AirAsia 
Facebook (Facebook.com/AirAsia)

Lynda Che Lah

8 comments:

  1. menarik kempen kali ini ya..btw thanks info ya.

    ReplyDelete
  2. best yer, nak try la cari kat teganu, mana tau rezeki menang BIG points.

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk info .menarik:D

    ReplyDelete
  4. wahhhh...!! menarik nihhh.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Bestnyaa, comel pintu dia rasa macam pintu kemana sahja Doraemon hehee :P

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram