Bagi Anak Makan Vitamin

by - December 20, 2017

Assalamualaikum..

Nak bagi anak ada selera makan memang payah kan. Kalau dorang nak makan pun biasanya mesti nak makan benda merapu atau benda yang tak mengenyangkan. Anak-anak Lynda biasanya kalau makan nasi tak banyak. Jadi bila dah malam mulalah nak makan kudapan. Tapi ni memang perangai anak lelaki kot.

So, fikirkan 1 solution. Antaranya bagi dorang makan vitamin. Sebelum ni pernah je bagi makan vitamin, Scott Emulsion, Qaseh Junior lah. Tapi fahamlah kan anak-anak ni. Kalau tak suruh tak buat. Kita lupa, dorang pun apa lagi. Mengelat lah.

Sekali tu pergi Watson, ada promosi untuk ahli beli satu barang boleh dapat barang lain dengan separuh harga. Lynda pun ambillah  1 vitamin ni. Champs Chewable Vitamin. Perasa oren.
Rasa oren dan ambil sebiji pagi sebiji malam. Dan yang ajaibnya juga, dorang pandai buka kabinet dapur dan makan vitamin tanpa disuruh. Sebab sedap tak manis dan tak masam sangat. Jadi malam sebelum tidur, dorang akan hisap atau kunyah vitamin ni dan minum air masak secukupnya.


KESAN PENGAMBILAN
Mengikut pemerhatian, selera makan dorang bertambah. Kalau suapkan nasi tu banyak juga makan. Takde mengelat atau kurang selera. Dah makan nasi, malam atau 2 3 jam lepas tu nak cari kudapan. Kadang-kadang Lynda bagi biskut atau bijirin. Minum air pun banyak. Berat Qoid dan Qhalif pun dah mencapai BMI ideal. Jadi kena pantau dari segi pengambilan gula dan lain-lain makanan rapu. Tapi dua beradik ni memang kurang makan gula-gula. Tu agaknya seronok dapat makan vitamin ni. Dan mereka juga kurang kena selsema dan demam. Alhamdulillah. Bantu antibodi juga ni.



Jadi lepas ni, memang akan kekal lah nampaknya dengan vitamin ni. Sebab macam dah rutin dorang akan makan sebelum sarapan dan sebelum tidur. Tak payah dah Ibu nak ingatkan. Sendiri tahu.. Semoga terus sihat dan berseleralah nak makan. xoxo

Lynda Che Lah

You May Also Like

4 Perkongsian

  1. Nak jugak lah cari..dulu masa ina kecil2.. ayah belikan ini setiap bulan..

    ReplyDelete
  2. vitamin ni bukan budak budak je suka. Orang besar pon beli jugak. Hehee

    ReplyDelete
  3. kak ema pun sedang cari vitamin untuk anak-anak ni.

    ReplyDelete
  4. haaa scoot emulsion anak sdara makan terus naik badan hehehe

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram