Belajar Buat Bento di Bengkel Bento MILO

by - December 18, 2017

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, Lynda diundang untuk satu bengkel bento di Bandar Kinrara Puchong. Rasanya ramai tahu pasal bento kan. Lynda biasa juga dengar tapi kan.. takde masa nak buat. Sebab bila tengok rekaan ibu-ibu di FB Kelab Bento tu kan..aduhai..kreatifnya.
Lagipun dah nak  buka sekolah ni kan. Mesti kita semua perlukan idea untuk bekalkan sarapan untuk anak-anak kita kan. Kalau nak tahu, mengikut kajian oleh Nestle Malaysia, seorang kanak-kanak menggunakan sehingga 1500kcal dalam satu hari persekolahan. Ini bersamaan dengan tenaga mendaki gunung, berenang sebanyak 50 pusingan atau menghabiskan separuh maraton.

Bertempat di Smart Junior Chef, Lynda dan Qoid menghadiri bengkel yang turut dihadiri selebriti tanah air seperti Dynas Mokhtar, Diana Rafar dan Serina Redzuan. Bengkel ini membantu ibu bapa macam Lynda yang ada anak di sekolah rendah untuk menyediakan hidangan seimbang yang dapat membekalkan tenaga sepanjang Qoid di sekolah. 

MISI MILO
Acara tahunan ini merupakan misi MILO untuk membantu ibu bapa memastikan anak-anak mendapat khasiat yang dapat menyokong perkembangan mental dan fizikal merka serta memenuhi keperluan tenaga seharian mereka.

"Kanak-kanak adalah juara kita. Maka pentingnya kita memberikan mereka segala sokongan yang diperlukan untuk berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, kami menggalakkan ibu untuk menyediakan bekal makanan yang seimbang dan berkhasiat serta MILO UHT unuk dibawa oleh anak-anak ke sekolah. MILO UHT dapat menghasilkan tenaga yang efisien daripada makanan, sekaligus membekalkan tenaga kepada kanak-kanak untuk memberikan prestasi yang terbaik dari segi fizikal mahupun mental"
Pengurus Jenama Kanan Nestle Malaysia, Angeline Lim

PENTINGNYA SARAPAN PAGI
Di bengkel ini juga dibincangkan tentang pentingnya sarapan pagi. Pakar diet dan nutrisi, Georgen Thye daripada Persatuan Dietitician Malaysia telah berkongsi tentang fakta dan pentingnya sarapan serta diet seimbang. Thye juga berkongsi tentang satu penemuan daripada kajian MyBreakfast Study bahawa 1 daripada 3 kanak-kanak didapati mempunyai tahap fizikal yang rendah terutamanya di kalangan mereka yang tidak mengambil sarapan.



Thye berkongsi tentang pinggan makanan seimbang Malaysia yang terdiri daripada separuh hidangan buah-buahan dan sayuran, suku pinggan bijiran dan suku pinggan protein. Menurut beliau, pengambilan nutrisi yang tidak tetap kerana tidak mahu makan ataupun pilihan makanan yang kurang baik menyebabkan kanak-kanak kehilangan tenaga dan menjejaskan tumpuan mereka di sekolah. Penetapan masa makan yang tetap serta penyediaan makan yang berkhasiat dapat membantu menambah tenaga kanak-kanak.
PERSEDIAAN MENU BERKHASIAT DAN KELAS BENTO
Aktiviti seterusnya adalah sesi mencipta hidangan sihat dan seimbang olehh Thye sendiri. Di ssi ini, Thye berkongsi 3 resepi ringkas dan mudah. Sebab pada kebanyakan kita, susah nak sediakan sarapan dan bekal kerana kesuntukan masa kan. Tapi Thye berjaya berkongsi untuk menyediakan sarapan seringkas 5 minit. Antara tips adalah, sediakan dulu semua bahan-bahan yang diperlukan pada waktu malam dan hanya disediakan masakan pada waktu pagi.
Antara hidangan yang dikongsi adalah Labu Kuning dengan Tuna, Pasta Sejuk Hawaiian Tuna dan Roti bersama Mentega Kacang dan Pisang. 
Seterusnya, Puan Hasnawati Yahya, ahli Kelab Bento/Bekal Malaysia telah berkongsi idea tentang hidangan bento yang menarik dan mudah serta cepat disiapkan. Beliau berkongsi tips tentang menyediakan bekas bento yang menarik dan ceria serta dapat menarik minat anak-anak.
PERTANDINGAN MENCIPTA BENTO
Ok, part ni paling best dan mendebarkan. Sebab Lynda bukan seorang yang kreatif dan biasanya kalau bekalkan Qoid makanan pun takde hiasan atau gambar beruang. So, ni cabaran juga untuk mencipta sesuatu dikelilingi selebriti hebat dan ahli-ahli Kelab Bento/Bekal Malaysia.. Jadi, kami pilih buat Sandwich Telur dan hiasan Ultraman mengikut pilihan Qoid.

Pemarkahan diberi dengan cara mengundi melalui undian kanak-kanak yang hadir dan oleh 3 juri utama iaitu Puan Angeline Lim, Thye dan Puan Hasnawati Yahya. Ada macam-macam rekaan yang menarik tapi untuk rekaan amatur Lynda dan Qoid kami dapat 4 undian daripada anak-anak.. Fuh..lega! Haha..

Dan pemenangnya adalah yang mendapat undian terbanyak, rekaan bento yang menarik dan makanan yang seimbang. Tahniah kepada pemenang.
SERONOK BERBENTO
Yang Lynda belajar kat sini adalah tak susah sebenarnya nak sediakan bento. Yang penting sediakan makanan yang berkhasiat dan menambat hati anak-anak. Sebab anak-anak nampaknya suka tengok secara visual. Cantik dan menarik di mata mereka, baru mereka nak makan. Jadi boleh sediakan bento yang menarik contohnya watak kartun kegemaran mereka. Dan tempoh menyediakan pun tak lama mana kalau nak diikutkan kalau kita bijak menyediakan bahan sebelum tidur malam itu. Disamping itu, kita dapat mengajak anak-anak membantu di dapur dengan memberikan tugasan ringkas pada mereka kan. Nampaknya, bolehlah Lynda menyediakan bento bila Qoid masuk sekolah nanti. Dan jangan lupa juga bekalkan sekotak MILO UHT untuk menambah tenaga.


Tentang MILO
MILO, minuman berkhasiat malt coklat yang terkemuka di Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1950 dan dikenali dengan rasa unik yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Dipenuhi dengan kebaikan semulajadi malt, susu dan koko, dan diperkata dengan ACTIV-GO, campuran unik dan mineral, MILO merupakan minuman yang paling popular di Malaysia dan telah melahirkan generasi juara sejak dulu lagi.

MILO UHT dijual dalam pek minum 125ml dan 200ml di semua pasaraya dan kedai serbaneka. Maklumat lanjut boleh ke :
Facebook Milo Malaysia
Instagram Milo Malaysia

Lynda Che Lah

You May Also Like

5 Perkongsian

  1. baguslah aktvt cemni..seronok tengok. secara tak langsung, anak anak dapat sumber makanan yang sihat.

    ReplyDelete
  2. assalam...
    ye.btul kan.mesti bgi mknan berkhasiat utk ank.kita sbg ibu bapa kena biasakan mereka mkn mknan mcm tu.. =)

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. ai sekarang pagi-pagi mesti nak milo. Tapi tak boleh milo 3 in 1.

    ReplyDelete
  4. best yer pergi program anjuran Milo ni. mesti anak-anak enjoy kan

    ReplyDelete
  5. Comelnyaa bento. Paling suka part air kotak milo tuu.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram