26 December 2017

Bila Allah Tarik Nikmat Sihat..

Assalamualaikum..
Hari ni Lynda cuti sakit pula. Lepas cuti lama 5 hari. Semalam balik dari Bangi Wonderland bawa anak mandi manda, terus seram sejuk satu badan siap mengigil. Nasib baik anak-anak sihat tak da apa-apa.

Lama sebenarnya tak demam pun. Biasa jadi Ibu dan Isteri memang Allah bagi nikmat dan kekuatan supaya kita tak sakit sebab nak jaga orang lain. Kalau terbaring pun kejap je janji dapat lelap sejam dua. Lepas tu kepala dah ligat nak masak apa. Perut tak boleh biar kosong bila sakit kan. Nanti dapat sakit lain pula. Jumpa doktor tadipun dia cakap, kena minum banyak air ni. Nampak letih semacam..

Masa tak sihat ni lah, tugas di rumah diambil alih Encik Hubby. Lelaki dan wanita bila sakit lain-lain. 2 3 hari lepas Encik Hubby yang demam. Lelaki bila demam dia hanya perlukan ubat dan tidur. Tak payah nak pampered sgt. Tapi bila kita demam, memang ngada sikit nak pampered. Siap pakaikan Cool Fever kat dahi padahal malam tadi tidur lambat layan cerita Korea.. hehe.. 

Ni sementara defrost ikan nak masak, menghadap blog yang dah 2 3 hari ditinggalkan. Sejak kebelakangan ni, jarang blog terbiar terabai. Kebetulan 5 hari lepas bercuti, bagi cuti juga pada diri sendiri sebagai blogger..hehehe.. Biasa malam sebelum tidur, Insha Allah akan cuba update blog. Kita set scheduled post je. Dan yang seronoknya, bila banyak silent reader yang faham kita. Macam contoh hari tu, call kawan encik Hubby nak tanya tempat makan best. Terus dia tanya, Lynda nak buat food review ke? Gelak kita.. Tapi mereka inilah yang ada bila kita rasa down taknak menulis lagi. TQ silent reader. Korang tau siapa korang kan.

Sementara tak sihat ni pun rasa macam taknak menulis. Takde idea takde mood. Tapi sebab minat kan, kalau boleh curi masa juga. Esok lusa dah sibuk kat ofis tak sempat nak buat apa. Biasanya malam baru sempat nak tengok blog kawan-kawan lain. Kalau dapat curi masa di ofis, dapatlah tengok 1 2 blog. 

Nak habis 2017 pun. Setakat ni berbincang dengan Encik Hubby biasalah nak tambah baik kehidupan kan. Insha Allah. Doakan Lynda cepat sihat ye. Banyak kerja menanti. Anak-anak pun nak masuk sekolah dah. Dipermudahkan untuk semua 2018 ni..xoxo

Lynda Che Lah

5 comments:

  1. semua cepat sihat Lynda, betul tu...minum air cukup2. IQ pun baru baik dari demam. huhu

    ReplyDelete
  2. Perbanyakkan minum air. Kalau 100+ lagi bagus.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram