18 December 2017

Gegar Vaganza 4 ~ Aishah Tetap Lagenda

Assalamualaikum..
Tamat dah Gegar Vaganza Musim ke4. Semua pun dah tahu pemenang kan. Tahniah untuk The Living Legend Kak Aishah..Memang dari awal boleh kata Lynda teamAishah..Hehe.. Tapi suka juga Liza Hanim..

Dari awal tengok gitu-gitu je. Sebab kat rumah takde Astro. So kita tengok online je. Jadi tengok mood juga nak tengok GV ni. Dan pilih juga nak tengok siapa. Bila tengok online ni dapatlah skip part kecoh-kecoh tu kan..hehe.. Lama-lama tengok part kecoh tu pun jenuh juga..

Kak Aishah bawa lagu Celine Dion - All by Myself dan memenangi RM100,000 sebagai juara GV4. Masa Battle dengan Liza Hanim nyanyi lagu Supergirls. Memang mengancam. Tapi Aishah kan. Mana pernah mengecewakan.
Tempat kedua dengan hadiah RM50,000 adalah Liza Hanim bawa lagu Search - Meniti Titian Usang. Liza Hanim kalau nyanyi macam dalam kaset kan. Eh, ada yang pakai kaset lagi ke? hehe.. Taklah, maknanya suara Liza Hanim ni live dan dalam rakaman takda beza pun. So memang penyanyi yang baik dia ni.. Dulu siap ada kaset Liza Hanim ni tau..
Hazami tempat ketiga memang tak payah cerita juga vokal dia kan. Gemersik suara Hazami, lembut dan sopan macam dia. Kiranya dengar suara Hazami memang boleh tenang-tenang je. 



Tahniah juga untuk Lan Solo, Firman dan Tia Jinbara. Orang-orang lama ni biasanya memang suara sedap dan tahap persembahan tinggi. Bila lagi kan nak tengok orang lama yang dah lama menyepi ni perform kan. Inilah pentas dorang.. Good luck all. Tunggu next GV la nak layan lagu-lagu lama balik.xoxo

Lynda Che Lah

1 comment:

  1. Tak pernah tgok GV. Tapi sokong sangatlah Aisyah dah memang power :)

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram