30 December 2017

Kenapa Tak Hantar Qoid ke Sekolah Agama KAFA?

Assalamualaikum...

Dah nak masuk tahun baru. Insha Allah tahun depan Qoid darjah 2. Dan sebenarnya, kami memang tak hantar Qoid ke sekolah agama atau sekolah KAFA.

Ada kawan-kawan yang bertanya. Kenapa tak hantar anak ke sekolah agama/KAFA? Kan rugi, anak-anak tak dapat ilmu agama. Nanti ketinggalan dalam kelas agama di sekolah kebangsaan. Nanti tak pandai mengaji AlQuran. Macam-macam yang dilemparkan.
MASA
Masa belajar dengan sistem pembelajaran Malaysia ni pelik juga di antara masa belajar di negara-negara lain Tu cerita lain lah ye. Pada kami, berada di sekolah kebangsaan seawal jam 7.20 pagi hingga 12.30 tengah hari mencabar. Dengan suasana kelas yang kadang-kadang hangat. Maklum sekolah kebangsaan. 5 jam di sini. Kalau ke sekolah agama, akan ada masa kelam kabut bersiap ke sekolah agama. Jadi makan tengah hari tergesa-gesa dan di sekolah agama akan mengambil masa hanya 4 jam. Takkan taknak anak belajar agama? Tu soalan sinis utama. Tambah lagi masa ulangkaji atau siapkan kerja sekolah yang diberikan biasanya mengambil masa 2 jam setiap malam. Jika menghadiri kelas tuisyen, masa itu akan bertambah menjadi 4 jam. Jumlah keseluruhan untuk anak belajar adalah 13 jam. Waktu tidur adalah lebih kurang 7 jam. Pada kami, ini agak berat untuk anak seusia ini lalui.

SUBJEK
Sebelum kami buat keputusan tak hantar, kami dah selidik dulu silibus di sekolah kebangsaan. Untuk anak tahun 1, silibus keseluruhan adalah 10 subjek! Termasuk matapelajaran Jawi, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Seingat Lynda dulu, 1 je subjek Pendidikan Islam masa sekolah rendah. Masuk tahap 2, akan ada 13-15 subjek. Itu jauh lagi nak selidik tapi cukuplah dengan 3 matapelajaran ni untuk Qoid ambil tahu dan belajar. Ustaz/ustazah di sekolah kebangsaan pun berwibawa dan terpelajar. Alhamdulillah, ilmu Fekah, Tauhid, Akhlak, Sirah tu berjaya dipelajari Qoid.

ILMU ALQURAN
Kami dikira ibu bapa yang konvensional. Masih mengamalkan cara lama. hehe. Ikut apa yang ibu bapa kami buat dulu. Antaranya, hantar anak mengaji di rumah cikgu atau nenek mengajar mengaji. Sebenarnya, Qoid dah mula mengaji AlQuran pada umur 6 tahun. Dan dia boleh membaca AlQuran. Kebetulan nenek mengaji ni pun tak amalkan bacaan buku Iqra. Jadi kami tahu kemampuan anak kami. Dia boleh membaca jika menggunakan suku kata dan ejaan. Jadi cara konvensional ni berkesan.

SAHAM AKHIRAT
Kami nak saham akhirat itu untuk diri sendiri. Nampak macam tamak kan. Tapi pada kami, ini adalah tanggungjawab kami untuk mengajar Qoid ilmu akhirat ni. Memanglah tak pakar dan hebat tapi dalam masa yang sama, kami dapat belajar dan tambahbaik ilmu sendiri. Cikgu ada tanggungjawab sendiri yang memang tak dinafikan. tetapi tanggungjawab menjadi cikgu pada anak-anak sendiri ni susah sikit. Kita tak boleh commit macam cikgu. Tapi sekurang-kurangnya, adalah ilmu yang diamalkan oleh anak-anak datangnya daripada kami.

Jangan salah faham pula ye jika anda hantar anak-anak ke KAFA. Itu juga adalah tanggungjawab anda dalam menguruskan anak-anak. Pernah dengar ceramah Ustaz Don Daniyal di Masjid Negeri dulu, hanya Ibubapa yang mengenali anak-anak mereka. Hanya ibubapa yang mengetahui corak hidup anak-anak. Jangan samakan anak-anak anda dengan anak-anak orang lain. Setiap anak akan pastinya mengikut fitrah mereka sendiri. Jadi, jika anda lakukan sesuatu untuk anak-anak, maka itulah yang terbaik untuk anak-anak anda. Hanya anda yang tahu.

Rukun Islam dan Rukun Iman tu Fardu bagi semua orang untuk belajar dan diamalkan. Kalau kuat tiang ni, Insha Allah akan kuatlah iman dan takwa. Cabaran akhir zaman ni. Semoga Allah beri perlindungan dan kekuatan..xoxo

Lynda Che Lah

3 comments:

  1. saya pun tak hantar arreessa ke kafa. nak hantar mengaji je

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak hantar kafa... mengaji je.. fardu Ain ajar sendiri.. umur anak2 4 tahun dah mula ajar ngaji....

    ReplyDelete
  3. Saya pun tak hantar anak2 ke kafa. Setakat mengaji & asas fardhu ain shj. Tp camane/kat mana nk antar anak2 ke sekolah menengah yg aliran agama tanpa syarat ambil UPKK/PSRA? Ada sape2 tau?

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram