22 December 2017

Lembaga Zakat Selangor Cawangan MAIS Klang ~ Seindah Khabar Seindah Rupanya

Assalamualaikum..

Ambil cuti 2 hari semalam dan hari ni sebab banyak urusan nak diselesaikan. Termasuk urusan penting di Lembaga Zakat Selangor. Nak buat apa ke Lembaga Zakat Selangor tu? Bukan saja nak bayar zakat ye. Tapi nak tunaikan tanggungjawab lain. Untuk pengetahuan juga, KBBA9 merupakan media rasmi Lembaga Zakat Selangor di mana kami para blogger akan membantu dalam setiap program publisiti dan khidmat masyarakat. Selain itu, membetulkan tanggapan masyarakat terhadap persepsi negatif tentang fungsi dan kemampuan LZS.

Lynda ke LZS dengan Encik Hubby. Plan asalnya nak minta khidmat nasihat dan bantuan daripada pegawai yang berkaitan tentang pengiraan zakat pendapatan. Walaupun boleh kira di laman web rasmi LZS tapi kena juga minta nasihat pegawai berkaitan. Dan Alhamdulillah, mudah rupanya urusan di LZS Cawangan MAIS Klang ni.

KAUNTER LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Kaunter di LZS Cawangan MAIS Klang ni ada 4. 1 untuk permohonan sebarang bantuan dan 3 lagi untuk segala urusan pembayaran zakat dan lain-lain yang berkaitan. Nak ikutkan memang ramai. Yang mohon bantuan, yang nak buat semakan. Tetapi suasana terkawal dengan bantuan pegawai kaunter yang cekap dan mesra. Kebetulan sambil teman Encik Hubby tu, Lynda buatlah pertanyaan tentang permohonan bantuan warga emas.

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT WARGA EMAS
Di LZS ada banyak bentuk bantuan. Antaranya, bantuan untuk asnaf dan bantuan zakat untuk warga emas. Pegawai bertugas pun sabar dan tabah je layan orang banyak soalan macam Lynda ni. Tujuan asal cuma nak tahu samada, boleh tak Lynda bantu buat permohonan untuk warga emas iaitu nenek dan atuk. Dan nampaknya, pegawai berkenaan dah biasa dengan pelbagai soalan-soalan cepuemas. Dan yang penting tak melatah. Dan penerangannya jelas dan mudah difahami.

Untuk bantuan warga emas, biasanya pihak LZS akan serahkan bantuan warga emas terus kepada JKM. Tetapi tiada masalah pun kalau nak mohon juga bantuan zakat. Keputusannya pun akan berdasarkan siasatan dan bancian pegawai terlibat. Jadi walau bagaimanapun, wakil atau waris boleh memohon untuk warga emas dan tunggu siasatan LZS. Biasalah kena isi borang untuk penyiasatan dan bancian. Takdalah terus menerus LZS akan tolak permohonan. Walaupun nampak sangat Lynda tak layak untuk mohon bantuan warga emas ni tapi pegawai berkenaan dah jelaskan dengan amat baik dan terperinci. Menurut beliau, kebiasaannya memang mengambil masa dan penyiasatan menyeluruh akan dibuat. Ini untuk memastikan pihak pemohon dapat dibantu dengan tepat.
PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN
Korang tau kan zakat pendapatan wajib dan akan meminimakan potongan cukai korang? Dan mudah juga rupanya nak buat pengiraan zakat pendapatan. Melalui laman web rasmi LZS pun boleh buat pengiraan. Tapi kalau tak faham dengan kaedah pengiraan, boleh terus datang ke LZS atau hubungi mereka untuk penerangan lanjut. Alhamdulillah. Lynda pun masa mula-mula blur juga dengan pengiraan tu tapi hasil penerangan pegawai di LZS kita boleh faham dengan mudah.



LZS juga membantu dalam segi memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar. Semua borang yang diperlukan akan diberi dan memudahkan urusan kita nak buat potongan gaji ke atau buat bayaran online. Tiada sebarang kesukaran dalam urusan dengan LZS ni. Lega sebab Encik Hubby pun dah jelas tentang potongan dan pengiraan.
TAHNIAH LZS CAWANGAN MAIS KLANG
Secara keseluruhan, Lynda berpuashati dengan mutu dan khidmat nasihat yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai di LZS Cawangan MAIS Klang ni. Mereka berpengetahuan dan berpengalaman dalam menangani sebarang soalan dan pertanyaan. Nak kata dari tak faham apa-apa tentang zakat pun boleh jadi faham.

Tanggapan selama ni kononnya susah nak berurusan dengan LZS tak betul lah kan. Sebab macam orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi seperti yang dimaklumkan juga, seorang pegawai penyiasat/bancian perlu menjaga kira-kira 3,000-6,000 keluarga asnaf. Jadi bantuan dan siasatan akan mengambil masa yang agak panjang. Tapi mereka cuba memastikan yang berhak dan yang sewajarnya mendapat bantuan dan pembelaan. Selain itu, maklumat yang tepat dan tidak meragukan pasti akan memudahkan segala proses bantuan yang diberikan.

Terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan LZS Cawangan MAIS Klang yang berjaya mengubah tanggapan kami terhadap cara layanan dan menjelaskan dengan terperinci tentang kaedah dan prosedur pengurusan zakat. Banyak lagi kita kena belajar dengan LZS ni.
Bagi yang memerlukan bantuan dan khidmat nasihat, boleh ke cawangan Lembaga Zakat Selangor yang berdekatan atau lawat laman web LZS untuk maklumat lanjut. 


“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan”
Al Baqarah : Ayat 110
Lynda Che Lah

4 comments:

  1. moga dipermudahkan orang orang yang bakal menerima zakat..

    ReplyDelete
  2. tu la..selama ni kita asyik dengar yang negatif je kan..moga perkongsian ini dapat merubah pandangan orang ramai.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Semoga orang tak fikir buruk buruk dah lepas ni.

    ReplyDelete
  4. semoga zakat disalurkan kepada yang layak menerimanya

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram