17 December 2017

Memenuhi Undangan..

Assalamualaikum...
Cuti-cuti sekolah ni memang banyak acara dan jemputan perkahwinan kan. Dan dengan zaman serba moden ni, undangan pun melalui IG atau FB je. Setahu Lynda, memenuhi undangan hukumnya fardu ain iaitu wajib jika diundang..Nanti kita kupas lanjut tentang syarat dan lain-lain ketetapan itu.

“Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah dia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah dia makan dan jika dia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.”
~Hadis Riwayat at-Tabrani

Jadi tak jadi alasan kalau berpuasa tidak boleh hadir undangan. Kebanyakan orang tua, biasanya dorang ni berpuasa kan. Tiada masalah untuk tidak makan tetapi hadir untuk menghormati undangan. 

Dan hari ni ada satu undangan nak dipenuhi. Diundang pun melalui IG. Tapi siap kad lah semua. Maklumlah, bakal pengantin ni pun kadang takda masa dah nak fikir cari alamat apa semua. Mudah, jemput je melalui medium yang ada. Yang mengundang ni pun kan sebenarnya, kawan yang dikenali masa aktif buat vendor butik dulu. Rapat di IG dan FB juga. So, apa salah masa hari bahagia dia ni kita datang dan raikan sekali kan..

Jadi pagi ni, Lynda masak spageti bolognese je untuk sarapan. Kena juga makan dan minum dulu. Sebab anak-anak ni biasalah kan.. Kadang di majlis perkahwinan ni lebih kepada ambil kudapan dan lain-lain makanan macam coklat dan aiskrim. Nasi memang taknak dah..

Nak bersiap dan lepas tu cari barang nak masak sikit. Dah lama rasanya tak tengok sayur-sayuran cantik2. Terapi..hehehe..xoxo

Lynda Che Lah


5 comments:

  1. Cikza taks empat nak penuhi undangan mane-mane, suami kita tak berapa nak sihat

    ReplyDelete
  2. Cuti sekolah kann. Hujung minggu je penuh jemputan. Rezeki ^^

    ReplyDelete
  3. Disember mmg bayak undangan kahwin hehe.

    ReplyDelete
  4. SEkarang setiap hujung minggu ada aje majlis undangan.

    ReplyDelete
  5. nak resipi plss.m spagheti bolognese

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram