16 December 2017

Perancangan 2018 ~ Bina Tembok Baru

Assalamualaikum..
Dah tinggal beberapa minggu je dah nak masuk 2018. Dah mula pasang azam dan perancangan ke? Macam Lynda, tahun 2017 ni macam-macam pencapaian kecil dan besar. Buat rumah sendiri antara pencapaian yang dicapai tanpa perancangan. Freedom of financial.. hehe.. Rezeki kan..

Jadi untuk tahun 2018 dah plan sikit nak tambah mana yang kurang. Ada plan nak renovate sikit bahagian depan rumah ni. Sebab masa bina bajet tak cukup.
Tambahan plan nak pasang lantai marmar dan tinggikan sikit bahagian sebelah kiri tu buat mcm beranda. Boleh letak kerusi dan duduk-duduk minum petang..Nak letak batu botol.. Bila dah ada tempat nak gantung nanti, boleh beli bunga-bunga macam orkid ke..Tanduk rusa ke. Lepas tu tambah siling pada awning dan pasang kipas.


Banyak juga nak belanja tu kan. So plan pertama mestilah kumpul duit kan. Insha Allah nampaknya boleh tercapai lah hasrat tu sebab banyak dah dijimatkan lepas takde lagi loan rumah. Nak rehat dulu 3 4 tahun baru fikir beli rumah untuk pelaburan pula. Mana tau tahun depan tukar kerajaan harga rumah murah. Eh.....

Deko dalaman rumah masih tak pandai sgt. Kalau tak kreatif ni memang bab ni slow sikit. Berkalilah tengok deco sana-sini tapi fail juga...hehe..takpe.. Take time. Berangan tak salah..xoxo

Lynda Che Lah

4 comments:

  1. Semoga hàsrat Lynda tercapai dalam masa terdekat. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Semoga dapat capai semua azam. Ada jugak azam nak beli rumah sendiri, tapi taktahula tahun berapa baru mampu. hahaa

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram