Review ~ Cafe Burger Bukit Rajah

by - December 10, 2017

Assalamualaikum...

Kami sekeluarga sebenarnya suka pelbagaikan menu makanan. Kalau rajin masak yang berat-berat pun hari cuti. Kalau hari biasa selalu Lynda masak simple je. Malam biasanya juga kami makan tak banyak. Dan untuk luangkan masa sama-sama, kami makan kat luar. Pilihan makanan bergantung. Kalau tak kedai Siam, kita cari western food.

Kali ni lajak sikit ke Bandar Bukit Raja. Saje nak cuba satu cafe yang menghidangkan makanan western dengan harga yang berpatutan. Cafe Burger yang terletak di Jalan Makyong 5A/KU 5, Bandar Bukit Raja. Nak cari korang kena Waze ye sebab terletak di kawasan perumahan.

INTERIOR DAN DEKORASI



Dekorasi simple dan ada 1 space yang dihias cantik kalau korang ada plan nak buat suprise birthday ke atau private event. Cafe ni tak besar sgt. Mungkin boleh memuatkan dalam 30-40 orang di dalam dan ada table di luar kedai. Kalau tak hujan boleh duduk open air. Semua hidangan dimasak panas yang mana korang boleh tengok dorang grill tu dari sebelah luar cafe. Lynda tak ambil gambar pun open space tu.

MENU DAN HIDANGAN
Hidangan berasaskan western food dan ada dessert. Yang best, ada jual air sirap. hehe. Ni kegemaran anak-anak. Jarang cafe yang buat western food ni ada air sirap. Selalu byk fresh juice atau blended juice je kan. So, anak-anak Lynda suka datang sini sebab dapat minum air sirap.. Tipikal anak melayu..hehe..


Spageti Lynda order tu sedap. Ni Olio Seafood Spageti. Rasa ok dan udang ada banyak. Yang gambar bawah tu, Chicken Grill. Kali pertama Lynda makan Chicken Grill yang sedap dan cukup rasa. Rasa perapan yang manis dan mcm makan BBQ kita buat kat rumah. rasa tak cukup 1. Tapi lain kali kita pergi boleh order lagi makan panas-panas.
Nama pun Cafe Burger kan, of coz ada hidangkan burger. Tapi malam tu kami takde mood nak makan burger. Ni Lynda amik gambar dari IG Cafe Burger.
Kalau korang ramai, maybe boleh cuba platter ni. Harga RM38.00 je. Kongsi ramai-ramai dan buat tambahan dessert lain. Suasana cafe pun tenang je tak penuh dan tak bising. Senang parking.. Kalau nak buat private function pun ok sebab sangat simple tempatnya.

Cafe Burger pun ada pakej khas serendah RM100 untuk korang nak sambut birthday ke atau anniversari. Dorang akan aturkan menu dan kek serta dekorasi. Siap belon bagai. Sape nak buat suprise dalam suasana tenang dan mampu milik boleh datang sini. Insha Allah berbaloi.

Lynda jumpa sendiri owner dan beliau terima sebarang komen untuk penambahbaikan. So after sale pun puas hati. Kita kena bantu dan sokong lah kan peniaga yang cuba nak lakukan sesuatu dan bersedia terima pendapat.. Insha Allah, memang akan datang lagi. Orang Klang dan sekitar  yang cari makanan best dan berpatutan, boleh check it out ok..xoxo

Cafe Burger Bandar Bukit Rajah
Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Sabtu 
5.00 petang - 11.00 malam
Alamat : 21, Jalan Makyong 5A/KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang.
Instagram : cafe_burger003
WhatsApp : 011-1133 2803

Lynda Che Lah

You May Also Like

3 Perkongsian

  1. Cantiknyaa cafe diaa. Nampak cozy je. Makananan pon tempting nyummm:p

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap and harga pun ok-ok je.

    ReplyDelete
  3. Iskh teruja betul, suka cafe dengan suasana santai & bersih camni.. Makanan pun nampak not bad, besar portion dia.. Hopefully LZ berkesempatan ke sini..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram