Assalamualaikum..
Semalam Lynda dan Kelab Blogger Ben Ashaari diundang untuk meraikan program cuti sekolah oleh salah sebuah taman tema di Selangor, Bangi Wonderland Water Theme Park. Yang paling seronok confirm anak-anak. Kebetulan cuti sekolah ni masih takde plan nak kemana-mana. Secara kebetulan Bangi Wonderland ni takdelah jauh mana kan dengan Klang. Setakat nak bawa anak-anak mandi kolam dan cuba permainan di sini.
SUPRISE BELATED BIRTHDAY BEN ASHAARI
Sebelum mula kerja, kitorang dah plan untuk suprised birthday Founder KBBA9, Ben Ashaari. Tergamam boss. hehe. Semoga panjang umur murah rezeki, sihat dan kuat untuk terus bersama kami..
MAJLIS PELANCARAN GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND
Sebelum mula kerja, kitorang dah plan untuk suprised birthday Founder KBBA9, Ben Ashaari. Tergamam boss. hehe. Semoga panjang umur murah rezeki, sihat dan kuat untuk terus bersama kami..
MAJLIS PELANCARAN GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND
Sepanjang bulan Disember ni, Bangi Wonderland mengadakan promosi Gempak Giler untuk semua orang berpeluang mencuba pelbagai aktiviti dan mandi manda bersama keluarga. Harga promosi untuk bulan Disember dan sempena cuti sekolah ni memang gempak giler. Serendah RM150.00 boleh masuk 4 orang tu dan cuba semua rides dalam taman tema ni.
Majlis dirasmikan oleh Pengarah Besar Bangi Wonderland Encik Steven Chang dan dihadiri wakil media lain, rakan niaga, wakil Majlis Perbandaran Kajang, Tourism Malaysia, Tourism Selangor dan lain-lain rakan usahama. Lepas sesi bergambar ada sukaneka untuk rakan media yang hadir dan lepas tu semua enjoy!!
APA YANG GEMPAK GILER TU..
MENARIK DI BANGI WONDERLAND
Ini soalan yang best nak jawab. Dengan hanya RM150.00 korang boleh masuk ke Bangi Wonderland seramai 4 orang pada satu harga tu. Murah kan? Yang istimewa kalau pergi masa Sabtu dan Ahad bermula minggu ini hingga minggu depan, korang akan dihiburkan oleh artis hebat tanah air macam Dato Awie, Siti Nordiana dan Amy Search. Nak tahu siapa lagi ada kena datang dan tengok sendiri. Sambil mandi manda, dapat berhibur. Masa Lynda datang ni dihiburkan oleh Ezad Lazim dan Ameng Spring. Lepas tu yang paling teruja adalah Encik Hubby sebab dapat bertemu 4 mata dengan kumpulan Nico G. Bayangkan Nico tu. Kebetulan Encik Hubby memang suka lagu-lagu Nico ni.
Banyak rides yang mencabar di Bangi Wonderland. Ada yang kata luruh jantung kalau naik. Lynda tak sempat lagi try. Mungkin next visit. Sebab memang ada perancangan nak datang lagi. Anak-anak pun dah bertanya.
Kids Adventures |
Insane Racer |
Boomeriang |
Body Slider |
Pirates Bay |
Thunder River |
Yang penting juga di Bangi Wonderland ni selamat untuk kanak-kanak. Lantai tak licin. Sebab dorang ada gunakan lapik penyerap air. Tak risau sambil jalan-jalan tergelincir. Disediakan juga Cabana untuk rehat-rehat. Parking yang banyak. Cafe yang luas. Insha Allah tak susah nak beriadah di sini.
MAKLUMAT LANJUT
Bangi Wonderland dibuka seperti berikut :
- Isnin - Jumaat : 11.00 pagi - 6.00 petang
- Sabtu - Ahad : 10.00 pagi - 6.00 petang
- Tutup pada setiap Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum.
Harga Tiket sempena Gempak Giler (1 - 31 Disember 2017)
- MyKad : Untuk 4 orang RM150 (Isnin - Jumaat) / RM180 (Sabtu - Ahad)
- Tanpa MyKad : Untuk 4 orang RM180 (Isnin - Jumaat) / RM210 (Sabtu - Ahad)
Semua tiket promosi boleh dibeli terus di kaunter Bangi Wonderland atau boleh juga didapati melalui ejen tiket online seperti 11street.my, travelog.com dan wonderful.asia.
Maklumat lain boleh ke :
website Bangi Wonderland : www.bangiwonderland.com.my
Facebook Rasmi : Bangi Wonderland Themepark & Resort
Terima kasih Bangi Wonderland untuk pengalaman yang seronok ni. Anak-anak tak sabar nak kembali ke Bangi Wonderland. Padahal semua muka merah-merah sunburn semalam. Jom KBBA9! Repeat! xoxo
Lynda Che Lah
Wajib rpeat!!!
ReplyDeleteMemang berbaloi pergi sini
ReplyDeleteAkan repeat juga.
ReplyDeletenasib ada voucher..boleh pergi lagi
ReplyDeletebest yer, nak join gak repeat next time.
ReplyDeleteJom repeat togeder-geder
ReplyDeleteBesar juga area nih
ReplyDeletemacam nak pergi lagi...
ReplyDeleteSyokkk ooo
ReplyDeleteThis post will help the internet viewers for building up new website or even a weblog from
ReplyDeletestart to end.